Book Review | Business

Sistem Dalam Bisnes – Ke Arah True Financial Freedom

Baru baca sikit buku yang dah berkurun dalam simpanan hubby, yang dia pun belum baca, Cashflow Quadrant by Robert Kiyosaki.

Syukur lah hubby beli masa study dulu.

Saya nasihatkan, bagi anda yang sedang bekerja makan gaji, atau yang sedang bekerja sendiri dan berniat nak wariskan perniagaan kepada anak cucu, sebelum anda baca buku ni, anda wajibkan diri pergi program IMKK.

Dulu masa kerja pun, saya cuba gak baca.

Tapi tak sampai 5 pages, saya berhenti sebab tak boleh nak sync dengan asas yang tertanam dalam diri saya.

Setiap dari kita, ada pegangan tersendiri.

Kena kerja, lepas tu simpan duit, lepas tu beli rumah, etc. Baru hidup senang dan kaya.

Atau, kerja sendiri lagi bagus sebab aku boleh tentukan berapa income aku sebulan, lepas tu boleh wariskan perniagaan kat anak cucu.

Itu adalah pegangan yang normal dan susah nak ubah.

Hingga pergi IMKK, Dr Azizan Osman akan basuh sikit-sikit.

Yang makan gaji, ada cara dia basuh.

Yang kerja sendiri, sampai bila you nak jadi kuli bisnes sendiri?

Dan konsep buat bisnes adalah untuk dijual, bukan diwariskan.

Benda ni saya dulu tak boleh terima.

Tapi bila ada introduction dalam IMKK, saya mula faham.

Dan lepas tu baru baca buku Robert Kiyosaki yang dah uzur ni.

Satu benda saya nak kongsi.

Bisnes kena ada sistem.

Sistem bukannya setakat sistem online untuk beli barang.

Sistem ini merangkumi aspek, yang bila kita bercuti, duit masuk.

Tak payah pot pet kat Facebook Secret Group, apatah lagi kat Facebook Page atau Facebook Wall, duit masuk.

Sebelum ini saya buat bisnes Islamic Books for Kids.

Memang sambutan sangat memberangsangkan walaupun pada musim Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Masalahnya, masa tu saya takda sistem.

Agen ramai.

Sistem takde. Semua order saya yang poskan di akhirnya.

Masa tu tak belajar pasal delegation. 

Kalau orang contact saya, saya jugak yang kena proses order.

Saya jugak yang kena promote dan iklan produk.

Saya jugak yang kena pos.

Makin bertambah maju bisnes, bertambah sibuk diri saya.

Penat!

Saya berhenti di waktu saya sedang peak performance sebab tak tahan.

Sampai walau berderu orang SMS cakap dah bank in duit pun, saya tak nak tengok.

Saya penat. Saya minta suami uruskan.

Kalau ada sistem, ada pekerja, semua tu saya tak perlu fikir. Kerja saya hanya fikir cara kembangkan bisnes.

Bukan jadi kuli bisnes.

Sekarang, saya buat bisnes Shaklee.

Ya Shaklee MLM dan tak perlu simpan stok.

Masalah sama berulang.

Saya secara peribadi, tiada sistem.

Saya lah yang kena reply SMS, reply Whatsapp dan Email.

Kalau nak pass kepada downline, kena copy paste jugak nombor telefon. Ada kerja! 

Saya juga yang kena pos barang kalau pelanggan nak Poslaju sebab kadang Gdex dan CityLink ni ada beberapa masalah.

Saya seronok terima banyak order dan permintaan, tapi ada masa saya letih dan penat!

Banyak masa, saya perlukan family time.

Dan itu pun tujuan saya berhenti kerja.

Iaitu banyak masa berkualiti  dengan keluarga, dan pada masa yang sama, duit masuk.

Dan oleh sebab itu, saya kena cepat-cepat bina sistem saya walaupun untuk bisnes MLM macam Shaklee kalau saya tak nak burn out.

Menurut Robert Kiyosaki, masa dia jadi Millionaire, dia belum capai tahap bebas kewangan.

Beberapa tahun lepas tu baru dia boleh akui dia bebas kewangan, sebab walau tanpa kehadiran dia, bisnes jalan, duit masuk.

So, rentetan dari entry ini, saya akan mulakan pencarian pembantu Diary of Muhammad.

Bergaji.

6 bulan under probation untuk saya perhatikan performance.

Selepas 6 bulan, akan dapat beberapa elaun dan EPF.

So stay tuned!

Similar Posts

One Comment

  1. bagus buku ni. saya beli buku ni masa tunggu flight..isi yang dapat membuka mata kita bagaimana cashflow itu berfungsi.
    yang best dia perkenalkan 4 quadrant tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *