Aktiviti Kraf ‘Snowman’

Sebelum ini kami rajin belikan anak-anak permainan.

Tapi agak kecewa sebab canggih macam mana pun, biasanya satu-satu permainan hanya akan menarik perhatian mereka paling lama seminggu.

Lepas dari itu, anak-anak dah bosan dan minta permainan lain.

Kali ini, kami dah tak belikan lagi permainan baru. Ada lah dah 1-2 bulan tak tambah permainan.

Tapi kami tambah beli kertas, buku tulis kosong, butang baju dan seumpamanya.

Hasilnya, tak habis-habis idea anak-anak untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Kertas pun, boleh ada idea digunakan berkali-kali.

Macam ini, ini adalah ‘snowman’.

 

Dibuat menggunakan kertas putih yang belakangnya telah di conteng.

Topinya menggunakan kertas yang sebelum ini Hannah lipat-lipat sebagai ‘sayuran’ dalam salah satu ‘hidangan pretend play’ nya

Mata ‘snowman’ ini menggunakan pompom warna hitam yang sebelum ini digunakan untuk buat bunga.

Mulutnya menggunakan makaroni yang sebelum ini digunakan untuk aktiviti mengira.

Bajunya mesti ada butang sebab ‘snowman’ dalam buku anak-anak ada butang 😅

Ia juga pakai ‘muffler’ supaya tak sejuk, dibuat dari benang yang sebelum ini digunakan untuk buat main jadi mi soba dan spaghetti.

Salji yang turun adalah kertas-kertas yang ditebuk menggunakan ‘punch holder’

Menggunakan bahan-bahan sekitar rumah untuk menghasilkan sesuatu yang baru, memang sangat mengujakan anak-anak dan mak nya. Haha.

Boleh juga jadi praktis ‘guna apa yang ada di tangan untuk membina kejayaan anda’

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares