Muhasabah

Spread The Love – Orang Menyampah Boleh Jadi Sayang

Biasa tak, kita kalau ada satu pendapat, kalau boleh nak satu dunia setuju dengan pendapat kita.

Siapa tak setuju, kau bukan geng!

Lebih teruk, siapa yang tak setuju, meh aku buruk-burukkan pendapat kau.

Dalam dunia Facebook, perkara ini sangat normal.

Celebrate Others

Tahukah kita, ada kuasa yang lebih kuat dari memaksa orang bersetuju dengan pendapat kita.

Ya, Allah membolak-balikkan hati manusia.

Tapi, dengan akhlak yang baik, meraikan pendapat orang lain, orang lain yang langsung tak bersetuju dengan pendapat kita, akan akhirnya cair dan lembut dengan pandangan kita.

Bersikap matang dalam mendepani perbezaan.

Saya masa muda dulu, darah muda dalam lingkungan awal 20-an, memang sangat keras kepala.

To the extent, kalau saya tak puas hati, saya cakap depan-depan.

Tapi ada sorang kakak senior saya ni, dia sentiasa cool walau apa pun yang jadi – termasuk lah kalau pendapat dia di tolak mentah-mentah.

Dia ni memang ramai peminat.

Kalau ada hari Secret Admire, bilik dia sangat penuh dengan hadiah!

Sehingga lah saya menceburi bidang perniagaan dan berjumpa dengan sangat ramai jutawan dan hartawan – termasuk geng Shaklee saya.

Kebanyakan jutawan ni biasanya ada haters mereka tersendiri. Kaw kaw punya kena kutuk.

Ish, tak tahu kalau saya di tempat mereka, saya yang baru kena sikit dah rasa down sangat.

Tapi, macam mana mereka boleh berlagak cool?

Bila ada orang kutuk keji umpat pendirian dan apa yang mereka usahakan, tak pernah pun mereka nak balas semula kutuk keji umpat tersebut.

Mereka fokus pada kerja mereka, pada usaha mereka.

Sehingga akhirnya yang mengeji dan mengutuk akhirnya lembut hati dan cair untuk ikut jejak langkah jutawan tersebut.

Akhlak yang baik adalah intipati yang sangat kuat dalam perhubungan sosial manusia.

Give love – bak kata buku The Power tulisan Rhonda Byrne.

Give love di sini maksudnya berbaik sangka dan beri tanggapan positif. Positif itu tenaga nya sangat kuat!

spread the love world
Cinta bisa menggoncang dunia! ^_^

Buka Semula Sirah

Tak perlu kita cari pengiktirafan manusia. Cukup kita fikir, Allah suka atau tidak apa yang aku buat ni?

Dalam Quran sendiri Allah cakap Dia tak suka perkataan buruk melainkan dari orang yang teraniaya.

Dalam sirah nabi, jiran Nabi Muhammad s.a.w yang setiap hari kerja dia campak sampah ke atas Nabi setiap kali Nabi keluar, akhirnya cair hati dan lembut hati untuk memeluk islam.

Nabi Muhammad s.a.w langsung tak kisah, kau nak campak apa, campak lah.

Tak pernah dia marah, jerit kat jiran atau balas balik perlakuan jiran tadi.

Jadi, kalau ada benda yang kita rasa tak puas hati dengan orang, berhenti sebentar.

Fikir dalam-dalam, kenapa orang tersebut buat apa yang dia sedang buat.

spread the love

Kalau susah sangat nak berlapang dada, berdoa mohon pada Allah, agar di cuci kan hati kita dan mohon agar Allah bantu kita untuk lihat sisi positif dalam setiap perkara.

Belajar Cara Untuk Berlapang Dada & Spread The Love

Saya recommend kita semua sentiasa ulangkaji perjalanan sirah Nabi Muhammad s.a.w terutamanya bab akhlaq baginda yang superb.

Dan bagus baca buku Dale Carnegie – How to Wins Friends and Influence People dan How to Be a Great Leader.

Walaupun kita bukan leader di tempat kerja atau mana-mana, kita adalah leader untuk diri kita sendiri.

Pokok pangkalnya, sebelum sentap atau terasa kecik hati dengan orang sampai rasa nak balas balik, bagus lah kita serahkan pembalasan itu kepada Allah.

Ingatan untuk diri sendiri gok ni 😀

Ada cara nak let go, tu saya cerita next entry lah ya ^_^

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *