Supplement Set Ibu Menyusu Banyakkan Susu Badan? 

Sebelum saya berkongsi tentang supplement Shaklee yang membantu membanyakkan susu badan, izinkan saya berkongsi tentang apa itu supplement. 

Supplement adalah bahasa english yang digunapakai dalam bahasa melayu. 

Jika ditakrifkan, ianya bermaksud tambahan. 

Bila kita kata ia tambahan, bermakna, supplement bukan watak utama untuk menjayakan penyusuan. 

Tetapi supplement hanya watak tambahan untuk banyakkan susu badan. 

Ada boleh, tiada pun, boleh. 

Tetapi kenapa ramai ibu hari ini memerlukan watak tambahan supplement untuk membanyakkan susu badan? 
Sebelum kita masuk topik watak tambahan iaitu supplement penyusuan susu ibu, saya ingin mengajak para ibu yang menyusu untuk memastikan yang kita telah pun memastikan watak utama dalam penyusuan susu ibu telah dilakukan. 

2 watak utama untuk membanyakkan susu badan

Untuk membanyakkan susu badan, ibu perlu pastikan 

1) Kerapkan sesi penyusuan 

Perah setiap 2 – 3 jam sekali

2) Kosongkan payudara setiap kali sesi perahan

Jika ibu menyusukan bayi, dan bayi minum sedikit sahaja, kosongkan payudara dengan memerah susu tersebut. 

Ini kerana, jika payudara tidak kosong, susu baru tidak boleh masuk. 

Otak kita akan mendapat isyarat yang bayi tidak memerlukan susu. Jadi badan kita mendapati yang, tak perlu pun hasilkan lagi susu ibu. 

Ok, jadi, jelas 2 watak utama atau perkara penting yang ibu perlu pastikan dah buat dan konsisten buat. 

Sekarang, kita masuk topik supplement yang membantu membanyakkan susu ibu. 

Supplement ini bukanlah makanan ajaib. 

Ada pelbagai faktor susu ibu merudum. 

Antara penyebab nya adalah:

1) Tubuh ibu tersangat letih

Bila tubuh ibu letih, komponen yang sepatutnya menghasilkan susu ibu pun mula kurang efektif dan kurang efisien. 

Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan susu merudum. 

2) Ibu stress

Stress boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. 

Bila ibu stress, hormon stress iaitu hormon cortisol terhasil. 

Stress lawannya gembira. 

Untuk menghasilkan susu yang banyak, ibu perlu sentiasa gembira. 

Namun apabila hormon cortisol ini terhasil, hormon gembira iaitu hormon oxytocin secara tidak langsung akan menurun. 

Apabila hormon oxytocin menurun, susu ibu pun akan merudum. 

Kadang bayi kerap menangis pun boleh buat ibu stress


3) Saraf dan tisu payudara semakin rosak 

Kadangkala apabila kita tersalah pam susu, payudara akan rasa sakit. 

Bahagian dalam iaitu saraf dan salur darah yang berkaitan kemungkinan telah melecet atau rosak dan memerlukan sedikit masa untuk pulih. 

Sementara itu, susu akan merudum. 

5 Vitamin di dalam Set Ibu Menyusu Shaklee 

Set ibu menyusu Shaklee ini mengandungi 5 jenis supplement atau vitamin. 

Set ini telah membantu ramai ibu menjayakan penyusuan mereka, dan ibu-ibu ini tidak mengabaikan 2 watak utama dalam penyusuan susu ibu seperti yang diceritakan di atas tadi. 

Set ibu menyusu ini mengandungi supplement atau vitamin:

1) ESP (Energizing Soy Protein) 

2) Alfalfa 

3) Vitamin C

4) Ostematrix 

5) B Complex 

Bagaimana Set Ibu Menyusu Shaklee membantu membanyakkan susu badan? 
Ibu yang mengamalkan Set Ibu Menyusu Shaklee ini tidak mengabaikan 2 watak utama untuk membanyakkan susu badan. 

2 watak utama tersebut adalah kerapkan sesi perahan susu dan kosongkan payudara semasa memerah susu. 

  • ESP dan Alfalfa 

Untuk atasi masalah ibu yang sering letih dan lemah badan dengan rutin dan aktiviti penyusuan, ESP dan Alfalfa merupakan pembantu yang sangat baik.

  • Alfalfa  

Alfalfa juga membantu ibu berasa lebih segar badan selepas waktu makan tengahari. 

Alfalfa juga terkenal dan popular dengan jolokan makanan pembanyak susu badan di samping bertindak seperti kacip fatimah. 

  • B Complex 

Ibu yang seringkali stress disarankan untuk konsisten amalkan B Complex. 

Kebiasaannya, ibu akan melaporkan susu mereka tampak lebih pekat selepas minum ESP, Alfalfa dan B Complex. 

Secara tidak langsung, keadaan ini akan membuatkan ibu bertambah gembira dan bila emosi ibu gembira, ibu akan berjaya menghasilkan lebih banyak susu. 

  • Ostematrix 

Ostematrix pula sangat bagus untuk membantu ibu yang stress dengan urusa  seharian untuk mendapatkan rehat yang berkualiti di waktu malam. 

Rehat yang berkualiti tidak semestinya rehat yang panjang. 

Pernahkan anda perasan, anda telah pun tidur selama 6-8 jam di waktu malam, tetapi bila bangun pagi, anda tetap rasa sakit kepala. 

Itu petanda tidur anda bukan tidur yang berkualiti, atau menunjukkan anda tidak betul-betul lena semasa tidur. 

Ibu yang mengamalkan Ostematrix sewaktu malam akan mendapati badan mereka rasa lebih segar selepas bangun malam. 

Ini kerana apabila ibu tersebut tidur, tidur ibu tersebut adalah tidur yang berkualiti dan lena. 

Tetapi ia tidak mengganggu ibu untuk terbangun apabila bayi meminta susu di waktu malam. 

Ia membantu ibu mendapatkan tidur yang sebenar-benar tidur apabila dia perlu tidur. 

Ini penting kerana jika ibu tidak dapat tidur yang berkualiti, badan ibu akan menjadi letih, ibu sakit kepala dan ma stress, dan susu akan mula merudum. 

  • Vitamin C

Vitamin C pula membantu tubuh ibu menyerap zat besi dari pemakanan seharian ibu. Zat besi penting untuk memastikan ibu kekal cergas. 

Zat besi boleh didapati dari pemakanan seperti daging. 

Vitamin C juga bertindak untuk merawat dengan cepat mana-mana salur darah yang mengalami trauma sekiranya ibu tersalah teknik semasa memerah susu. 

Siapa yang memerlukan supplement Set Ibu Menyusu? 

Sesiapa sahaja yang merasakan mereka memerlukan supplement ibu menyusu, digalakkan untuk mencuba set ini. 

Bukan semua ibu adalah sama. 

Ada ibu yang langsung tidak pernah mengalami masalah letih atau stress, jadi ibu seperti ini mungkin tidak memerlukan supplement untuk bantu banyakkan susu badan. 

Tetapi usah segan dan usah merasakan diri anda teruk andai anda mengalami masalah seperti cepat letih semasa rutin penyusuan bayi anda. 

Atau kerap stress dengan urusan seharian sehingga akhirnya susu merudum. 

Saya juga pernah alami cabaran yang sama. 

Anda pasti sangat memerlukan Set Ibu Menyusu Shaklee ini. 

Pastikan kita konsisten pam susu dengan kekerapan 2-3 jam sekali walaupun amalkan supplement Set Ibu Menyusu Shaklee ini. 

Jika anda berminat untuk order dan cuba, anda boleh klik order di Link Set Ibu Menyusu. 

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda 🙂 

Klik share jika anda mahu rakan-rakan anda yang lain juga mendapat manfaat. 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares