Supplement Yang Banyakkan Susu?

Seawal kehamilan sulung saya dah simpan cita-cita untuk menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya.

Jadi saya aktif baca soal jawab di forum penyusuan dan ikuti mana-mana kelas penyusuan yang terdekat.

Bagi saya tiada jalan pintas untuk berjaya, termasuk lah penyusuan.

Antara yang saya paling risaukan adalah persoalan yang ramai ibu menyusu tanyakan dalam forum, iaitu adalah macam mana kalau susu tak banyak waktu dalam pantang. 

Kerapkan penyusuan

Kebanyakan jawapan yang saya perolehi adalah mudah. Iaitu kena kerapkan penyusuan. 

Maksudnya susukan bayi setiap 2 hingga 3 jam. Atau perah susu setiap 2 hingga 3 jam sekali.

Tak boleh culas atau malas.

Sebab bila sekali culas, susu akan cenderung untuk berkurangan.

Konsep Supply and Demand

Badan kita hasilkan susu mengikut konsep “supply and demand”.

Demand merujuk kepada keperluan bayi nak susu. Bayi nak susu banyak ke sikit.

Supply merujuk kepada kebolehan badan ibu hasilkan susu.

Kalau bayi kita kerap meminta iaitu kerap menyusu, badan kita akan dapat isyarat baby nak banyak susu.

Jadi badan kita sebagai sumber supply akan hasilkan banyak susu ikut kepada permintaan bayi tadi.

Selagi bayi menyusu, selagi itu lah badan akan hasilkan susu.

Tapi rutin ini kena konsisten.

Mula-mula susu hanya keluar sedikit. Tapi bila kita kerap dan konsisten, badan kita akan seolah-olah di set kan supaya hasilkan susu yang banyak, jadi secara tak langsung selepas lebih kurang 1 atau 2 bulan, susu akan terhasil sendiri sebelum bayi meminta.

Jadi, apakah benar supplement boleh banyakkan susu?

Hakikat yang semua perlu tahu, baik si bakal bapa atau si ibu yang bakal pertama kali menyusukan bayi; penyusuan susu ibu penuh dengan cabaran.

Bapa mesti ambil tahu sebab ibu nanti perlukan sangat-sangat sokongan pasangan di kala emosi goyah akibat susu belum banyak seperti yang diharapkan.

Supplement seperti kata namanya, adalah hanya bertindak sebagai supplement, iaitu watak tambahan untuk banyakkan susu.

Ia berupaya banyakkan susu pabila si ibu dah kerapkan penyusuan tadi.

cara banyakkan susu

Saya sendiri memang amalkan set ini. Alhamdulillah semua anak saya menyusu badan dan kini saya sedang menyusukan anak ke-4

Bekalkan vitamin untuk penyusuan

Contoh seperti Set Breastfeeding Shaklee ini, ianya membekalkan vitamin penting untuk tubuh ibu.

Kalau badan ibu tak cukup vitamin, agak payah badan nak hasilkan susu yang melimpah-ruah buat si manja.

Umpama kita makan nasi.

Kalau makan nasi saja tanpa lauk, boleh kenyang. Tapi adakah cukup nak bertenaga buat kerja.

Lauk berupa protein seperti ikan, ayam dan daging serta serat berupa protein adalah sangat-sangat penting untuk tenaga berpanjangan.

Jadi adakah supplement boleh bantu banyakkan susu ibu?

Ya boleh tapi bersyarat. Iaitu ibu perlu buat perkara utama penyusuan berupa menambah kekerapan mengepam susu.

Insya-Allah akan datang saya kongsikan lanjut peranan vitamin dalam Set Breastfeeding Shaklee yang saya amalkan ini ya.

P.s : Untuk dapatkan Set Breastfeeding Shaklee, anda boleh hubungi saya di :

Khadeejah Hasmad 

Whatsapp : 019 477 3457 

Shaklee ID saya : 858755 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares