Muhasabah

Surirumah FULL TIME

Alhamdulillah, seronoknyaaaaa jadi fulltime housewife!! Which means, NO MORE part time biz ๐Ÿ˜€ Sejak pregnant, kalau cerita pasal biz je, atau dapat je order, atau org bank in payment skali pun, saya cepat pening kepala, rasa loya, etc. Alhamdulillah, sekarang hubby banyak membantu di sisi. Alhamdulillah, order tetap masuk walaupun tak expect. Wahahahahaha!! Masa awal2 sah pregnant, saya btau hubby, please, I want to pause biz. Tapi hubby cakap, its okay, dia akan cuba tolong mana yg boleh.

Apa yg best sgt jadi surirumah? Bessssst sgt3!! I got to know my son even better, even closer. Kalau sebelum ni, sambil layan prospect, sambil tengok anak main. Sekarang, fulltime masa untuk anak. Anak adalah first priority. Dan duduk kat Shah Alam hari tu, sangat berhikmah besar. Allah bagi ilham hanya dengan baca novel. Huhuhuhuhuu. Hubby cakap ‘iskkk.’ Saya cakap ‘Boleh insya-Allah sayang ๐Ÿ™‚ Boleh.’

Saya dah cipta even bigger goal utk task saya sebagai ibu. Oh, we never know our power dear mothers, just by being a mother! Goal ni, saya share ngan hubby je lah kot. Insya-Allah, target nampak hasil in 15 years ^_^ Dan sah2 ia memerlukan kesabaran, high determination, etc etc. It is not only for our satisfaction. It is for the victory of Islam di Malaysia. Ameen. Siapa kata surirumah tak boleh contribute pada masyarakat? You can, you just need to figure, how. Saya dah figure how ^_^ It’d be one huge project. Slowly but insya-Allah surely it will happen

Dan dapat timba baaaaaaaaaaaanyak sangat ilmu. Saya adalah pro gentle natural birth/unassisted birth. Sebelum ni takda masa nak singgah group tu. Sekarang baru lah banyak masa. Now I know why prolapsed uterus happens at hospital. Why post partum haemorrage (betul ke ejaan?) happen, and how to ‘repair’. How to have PAINLESS birth!! Yep, you read it right, painless. Ada sorang akak ni share her birth video kat group. Iskk., terharu, touching, sebak, menitis air mata tengok video tu. Sobs. Thanx so much kak Afiza! (altho rasanya dia tak baca blog ni :P) Dos and donts. Banyaaaak sangat saya belajar. And now considering to attend midwifery/doula course. Organized by AMANI. Tapi conducted in English medium. Huaaaaa, harapnya ramai lah tolong translate apa2 yg saye tak paham ๐Ÿ˜› Constructor tu memang English speaking.

I learnt, KNOWLEDGE is powerful tool. Tanpa ilmu, kita ingat bersalin tu payah dan penuh kesakitan. Tanpa ilmu kita ingat breech baby or ‘overweight’ baby or ‘overdue’ baby are impossible to be birthed naturally. Or even impossbile for mothers with placenta previa problem or diabetic mother or high blood pressure, etc. Walhal sebenarnya Allah cipta sesuatu itu ada sebab musababnya. BELAJAR lah, dan anda akan nampak indahnya Allah, mudahnya bersalin bersendirian!

Tanpa ilmu, kita tak kenal kuasa Allah. Kita tak kenal siapa Allah. Ya, semua kita boleh mengaku- saya percaya Allah paling berkuasa di atas muka bumi. Tapi sejauh mana kepercayan kita kpd Allah? Contoh lagi, bila kita dengar cerita Isra’ mikraj, yang kisah Nabi Muhammad s.a.w boleh ke Masjidil Aqsa dalam sekelip mata sahaja, ada tak antara kita yg betul2 percaya? Atau pasti kita ada ragu2, tapi terpaksa percaya sebab dia Nabi. Tapi kalau kita faham dan BELAJAR tentang hakikat malaikat and the simple science behind penciptaan malaikat, subhanallah!! Kita akan terus percaya yes, its nothing impossible at all! Cerita malaikat ni saya cerita next entry lah ye, saya sgt teruja, tapi bila je ada masa nak tulis ๐Ÿ˜›

Itu lah peranan ibu yg selalu di pandang sebelah mata. Mendidik, mengasuh umat islam yang berkualiti. Bukan sekadar tambah anak setiap tahun. Tapi pastikan anak itu berkualiti. Mengenal kuasa Allah, tahu ciptaan dan kuasa Allah. Dengan ilmu, anak kenal siapa Allah. Bukan anak je, kita pun sama lah.

Waaaahhh saya sangat banyak belajar dari website2 homeschooling. Dear all, homeschooling is not about jadikan anak cepat baca, cepat itu, cepat ini. It is about helping anak discover their hidden talent and skills, encourage and nurture their curiosity, so that, in future, takyah sapa2 ajar dia untuk jadi pandai. Anak sendiri akan find their way utk master each subject or area, kita facilitate je. Setiap anak tu memang dilahirkan genius. Mak saya pulak ajar, kita ibu bapa lah yg bertanggungjawab utk polish anak. Bukan kalau tengok anak ni macam ‘lembap’, kita pun raise our hand and give up. No!! Dari a mother of 5 prodigies pulak, saya belajar, utk child education- start early, but DONT accelerate. So, saya ni awl2 ingat nak accelerate kat Muhammad, jadi berubah mind set. I will not accelerate my son into anything, but i would just facilitate and show good example.Oh anak sangat cepat meniru okay

Tentang income pulak. Rata2 ibu biasa akan cakap, ‘alaaa tak pa lah, laki dia keje Petronas. boleh lah duduk rumah.’ Ehmmm, jiran sebelah rumah saya, hubby dia skill worker kat offshore, kalau org oil and gas tahu lah skill worker tu apa. Tapi boleh je dia duduk rumah. rumah cantik siap ber renovate. Anak 5. sorang lagi ni, hubby keje contractor kalau tak salah ๐Ÿ˜› pun boleh je duduk rumah. Kalau nak tahu, ramai je kawan2 petronas tak confident with one breadwinner, walaupun gaji suami isteri kalau gabung boleh cecah 20k. Saya pernah nampak sorang kawan mengeluh kat fb- kalau lah gaji laki aku 5k, mesti aku blh jadi surirumah. Huhuhu. Tidak lah sama sekali ๐Ÿ˜› Manusia takkan pernah merasa cukup

Apa rahsia duduk rumah, gaji sikit tetap boleh mencukupi, bahkan melebihi keperluan? Saya selalu kagum dengan parents saya. Anak 6, duduk kat selangor, tapi boleh hidup senang dengan ONE income. Mak saya tak buat biz at all. High living cost. Bapak saya bukan pangkat besar masa kitorg kecik2 dulu. Dah ler gitu, kalau ada surat minta derma, sekolah pondok ke, majlis makan malam PAS ke, mesti diorang bagi banyak punya. Mana dapat duit?? Rumah boleh renovate cantik2, masa univ, diorang belikan kereta walaupun at first saya takmo sebab rasa ‘buat ape la nak ade kereta~’, etc. The secret is hidden in hubungan kita dengan pemilik kekayaan yang sebenar. Suka nak kongsi buku bertajuk menjemput rezeki. Walaupun santai, tapi praktis lah dengan penuh keyakinan, insya-Allah nampak hasil. Sila lah beli buku tersebut di kedai buku berhampiran anda, saya tak jual ๐Ÿ˜›

Anyhow, bisnes Islamic Books for Kids saya masih berjalan. Sedang mencari protege ni ๐Ÿ˜› Sapa2 berminat, boleh lah hantar resume anda ke [email protected] Semua rahsia, tips biz akan dikongsikan sebab kami nak minta tlg anda run kan biz kami ๐Ÿ˜› Ngeh3. Order masuk sokmo Alhamdulillah. Jadi anda dah tak perlu kerja keras sangat macam masa awl2 kitorg nk setup biz. Gaji akan diberi, detail boleh dibincangkan later. Tapi paling penting, anda boleh menetap di Kerteh, Terengganu. Offer ni buka untuk orang yang masih single, perempuan. Kalau sapa2 ada junior atau adik atau sedara-mara tengah cari kerja, boleh la hantar resume ๐Ÿ˜‰

Eh, dah macam iklan cari kerja pulak ๐Ÿ˜›

Penutup entry, saya nak berterima kasih kepada kak Faizah Ramli, sebab sejak Kak Faizah quit kerja, entry dalam blog akak sentiasa ceria dan happy. Membuatkan saya rasa, selama ni saya membuang masa anak saya. Saya waste masa seronok menjadi surirumah. Saya teringin nak cuba semua resipi yg Kak Faizah share, saya suka worry free living. Huhu. Seronokkkk sangattt3. After all, wanita ni dicipta untuk duduk rumah ada sebabnya. Cuma disebabkan bla bla bla, maka wanita pun ramai nak cari kerja. Bla bla bla tu refer kepada sejarah kristian di zaman gelap yang menghina kaum wanita sehina-hinanya. Cerita nya panjang o___O Tengok lah kalau bebila teringat saya cerita kat sini. Tapi asbab dari kejadian silam itu lah, masyarakat dunia dah jadi macam sekarang- wanita pun nak income sndiri gakk, nak sama taraf ngan lelaki, etc etc.. Errr, itu serba sedikit. Takmo cakap panjang2 sbb bab ni complicated, kang ada career woman marah2 ๐Ÿ˜› Till thennn. Have a cheerful dayyy ^_^

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *