Susah ke Umrah ni? 4 Kerja Umrah Mesti Tahu.

Umrah ni sebenarnya simple sangat-sangat. Saya pun tak sangka.

Dulu saya ingatkan umrah ni makan masa berhari-hari.

Tulisan ini khas untuk kawan-kawan yang belum pernah pergi umrah tapi wondering complicated ke umrah ni. Kenapa sampai 2 minggu orang pergi.

Sebenarnya simple sangat-sangat.

Saya ceritakan bab umrah wajib ya, iaitu yang bila masuk Mekah, umrah ni kita nak buat dulu.

Umrah sunat pun ada, kalau dah settle umrah wajib lah.

Basically Umrah ni ada kena buat 3 ni je -niat di miqat, tawaf, saie pastu gunting rambut.

Tapi saya tambah bab pakaian untuk umrah nak explain sikit je sebab nanti dok sebut ihram ihram tak paham pulak kan (saya lah tu versi sebelum ini)

#1: Pakaian

Simple sangat-sangat-sangat pakaian untuk umrah sebenarnya.

Lelaki – Pakai kain ihram. Selagi tak habis umrah, tak boleh tanggal.

Perempuan – Apa-apa yang menutup aurat. Telekung pun tak wajib pakai. Asal menutup aurat, ok.

Ada pandangan sisi je 😅 Kain Ihram di pakai oleh suami untuk umrah wajib. Ya boleh dokong anak yang pakai diapers. Sebelum tu kasi tukar dulu diapers diorang.

#2: Berniat di Miqat

Miqat ni adalah sempadan (border) antara tanah halal dan tanah haram.

Aik, bukan semua tanah Allah ni halal ke. Kenapa ada haram dan ada halal?

Tanah haram adalah tempat kat mana yang kita tak boleh bunuh binatang dan potong pokok-pokok dia. Tanah ke pokok ke dari kawasan ni kita tak boleh bawak balik.

Persempadanan atau border ini telah di tetapkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Tanah halal ni macam kawasan yang kita duduk sekarang. 

Tapi nak kena niat tu nanti dekat border antara tanah haram dan tanah halal. Bukan start dari KLIA.

Kalau kita dari datang dari KLIA direct masuk Mekah, miqat atau border kita boleh jadi dekat Masjid Saidatina Aisyah di Tana’im, atau Hudaibiyah.

Jangan risau, on the way nak ke sana mesti lalu punya salah satu tempat ni sebab dah nama pun border.

Kalau kita dari KLIA turun kat Madinah dulu, kita akan berniat di miqat di sebuah border yang bernama Bir Ali.

Adakah Bir Ali ini padang pasir seluas mata memandang?

Tak.

Kat sini dah di bina masjid besar, lengkap toilet siap ada shower.

Masa bas jemaah belum sampai, memang lengang masjid sini.

Takmau turun kereta pun boleh. Asalkan berhenti sekejap pasang niat nak buat umrah.

Kita tak buat umrah dekat Madinah tau.

Nanti saya share kan apa benda kita buat dekat Madinah tu.

#3: Tawaf

Ok dah sampai Masjidil Haram, terus masuk untuk buat tawaf dulu.

Sebenarnya nak makan dulu kat restoran bawah hotel pun boleh. Nak tidur dalam hotel dulu pun boleh.

Tapi orang lelaki biasanya nak cepat-cepat habiskan kerja umrah sebab tak selesa pakai kain ihram tu lama-lama.

Tawaf ni tak kisah nak buat depan Ka’abah direct boleh, nak buat kat dalam Masjidil Haram pun boleh, janji belah kiri kita tu selari dengan Ka’abah.

Tawaf adalah aktiviti pusing bangunan Ka’abah sebanyak 7 kali pusingan.

Ini lepas buat tawaf. Depan ni tempat buat Sa’i. Ambil gambar kejap background Ka’abah… Rindu…

Nak buat direct habis, boleh. Nak berhenti kejap sebab penat, duduk kat tepi minum air kejap, pun boleh.

Kalau nak berhenti kejap tu, kena ingat lah tadi kita stop kat pusingan ke berapa.

Kami pernah berhenti kejap sebab anak-anak tak larat. Sorang tunggu tepi tu duduk teman anak-anak, lagi sorang sambung sampai habis.

Bergilir.

Kita start pusing ni ada start point nya. 

Start point adalah di penjuru yang ada Hajarul Aswad. Kalau nampak ramai-ramai melambai kat satu penjuru tu, haa itu lah starting point nya.

Kita tak payah dekat pun dengan penjuru tu. Cukup selari sahaja.

Doa apa nak baca masa tawaf

Sebenarnya masa tawaf tiada doa khusus atau wajib.

Bukan macam solat kena baca Fatihah ke, bacaan tahiyat ke, tak.

Tapi doa lah apa-apa saja yang kita nak doa.

Macam saya, saya buat macam mak. 

Satu pusingan doa untuk anak pertama sahaja. Pusingan kedua pula doa untuk anak nombor dua, dan seterusnya.

Tawaf ni boleh jadi habis dalam masa kurang setengah jam, tapi boleh jadi lebih lama daripada tu kalau kita ada berhenti kejap tengah jalan.

#4: Sa’i 

Lepas habis tawaf tadi, tiba lah masa nak buat Sa’i yang lagi tough dari tawaf tadi.

Tough bukan apa, jarak dia lebih panjang berbanding pusing Ka’abah tadi.

Tapi bila kenang kan Hajar r.a dulu ulang-alik Safa dan Marwah bawah panas terik dengan kena redah batu tajam, boleh hilang penat tu tau.

Sa’i adalah aktiviti ulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah.

Kalau korang sampai Mekah nanti, dah tak nampak rupa bukit tu. Dah takde dah batu tajam.

Dah kena simen kawasan ni siap bertingkat lagi.

Safa Marwah ni dah as if duduk dalam Masjidil Haram, bersambung macam dalam satu kompleks yang besar.

Ye lah kerajaan Arab Saudi kena besarkan masjid sebab jemaah pouring from all over the world 365 days a year.

So bila besar besar besar, Safa Marwah pun ter masuk lah dalam Masjidil Haram.

Ka’abah tu pulak kawasan dia kecil sangat. Ka’abah ni bukan macam menara KLCC tau. Kecik je sebenarnya. Tinggi rumah yang 2 tingkat kot.

Safa Marwah pula just a stone throw. Dekat sangat dengan Ka’abah tu.

Bila nak cerita pasal Sa’i? 

Haha ok ok.

Sa’i adalah ulang-alik tadi. Mula dekat bukit Safa.

Nak ulang-alik ni berjalan boleh, jalan slow ke jalan laju ke ikut suka. Nak berlari pun boleh. Haha.

Sila lah lari kalau jenis extra fit.

Ada satu tempat yang ada lampu hijau nanti, kat situ sunat untuk berlari-lari anak.

Itu je lah yang kita buat masa Sa’i, jalan ulang-alik.

Doa masa Sa’i 

Macam tawaf tadi, Sa’i pun tiada doa khusus. 

Doa lah apa saja kita nak doa. Bahasa Melayu pun boleh sebab Tuhan yang cipta kita ni faham segala jenis bahasa kat dunia.

7 kali ulang-alik tau. 

Sa’i ni pun macam tawaf tadi. Kalau takmau habiskan 7 kali direct, pun boleh. 

Nak duduk kejap boleh, kat tepi tu minum air zamzam.

Habis dah Sa’i, maka Umrah kita pun selesai. Alhamdulillah.

Sa’i ni saya tak berapa boleh estimate masa dia sebab kitorang ada pause beberapa kali. Masa ni Alhamdulillah Mutawwif tolong jagakan anak-anak kat tepi kawasan Marwah.

P.s : Kami pergi dengan umrah family private package. Bukan DIY atau pergi group ramai-ramai tu. Alhamdulillah Mutawwif kami sudi jagakan anak-anak.

Maybe dalam sejam setengah kot boleh lah kata habiskan Sa’i.

Habis je Sa’i, potong rambut. Potong sikit je. Lelaki biasa kita nampak lepas umrah botak, kan. Sebenarnya tak wajib botak

So Umrah total dalam 2 jam, selesai.

Umrah wajib ni mencabar sebab lelaki kena pakai kain ihram selagi tak selesai. 

Kalau buka, kena start all over bermula dengan niat di miqat (border) tadi.

Umrah sunat dan niat di miqat

Kalau nak buat umrah lagi lepas habis umrah wajib, itu dipanggil umrah sunat.

Umrah sunat pun kena niat di border (miqat)

Tapi kali ni lelaki pakai baju biasa pun boleh. Tak wajib pakai kain ihram tu.

Tak susah pun nak pergi border tu, just minta teksi bawakkan pergi ke mana-mana border yang kita nak.

Macam Masjid Saidatina Aisyah tu kalau tak salah saya dalam 10 minit je dari Masjidil Haram. 

Teksi pulak kat luar hotel tu banyak sangat.

Lalu je border tu stop kejap pasang niat, dah. Tak payah turun pun. 

Kenapa pakej umrah sampai 2 minggu 

Kalau 2 jam saja setel kerja Umrah, apa benda pulak kena pakej umrah rata-rata 2 minggu duduk sana?

Kat Madinah buat apa?

Yang selebihnya adalah sebab kita bila sampai sana rasa tak nak balik apart of pahala ibadah kat sana 100,000 kali ganda dari kat Malaysia.

Kat Mekah, kita duduk berhari-hari sebab syok nak baca Quran menghadap Ka’abah. 

Seronok feel solat jemaah kat sini. Tu haa Ka’abah kalau kat Malaysia kita nampak sejadah je, ini Ka’abah depan mata.

Nak buat tawaf sunat banyak kali pun boleh asalkan satu set tu 7 pusing.

Kalau lagi fit, buat umrah sunat banyak kali pun boleh. 7 kali umrah ganjaran pahala dia sama dengan satu kali haji.

Kat Madinah…

Kita pergi jugak, personally saya nak pergi jugak duduk jugak beberapa hari. 

Kat sini feel sangat-sangat sebab makam Nabi Muhammad s.a.w tu ada dekat sini. 

Bila masuk Masjid Nabawi, Allah hati ni berasa dekat sangat. Sebak tak reti nak kabo…

Kat Madinah jugak boleh pergi banyak tempat Sirah related.

Mekah Madinah ni bukan lah tempat cantik scenery wow semua tu.

Tapi what the place holds is beyond magical. Datang sini boleh rasa tenang.

Personally bagi saya Madinah lebih tenang. Rasa macam sungai mengalir dalam hati.

Tapi Mekah chaos. Eventually kita akan belajar how to find peace in the chaotic environment sebab ada Ka’abah depan tu.

Alhamdulillah selesai dah cerita pasal kerja umrah. 

Pantang-larang tak cerita sebab boleh cek buku teks pendidikan islam. Hihi.

Alah simple sangat lah pantang larang umrah. Bukannya tak kasi buang air langsung.

Nak kentut ke, masuk toilet buang air kecil air besar semua boleh. 

Tapi lepas tu ambil wuduk balik lah. Tak perlu ke miqat pasang niat.

Next Insya-Allah saya share company that we go with. Yang boleh buat umrah family private tu.

P.s :

Nak buat umrah tapi duit tak cukup?

Jom join Hope Travel Fund. Dalam program saya ajarkan cara buat duit tanpa perlu catu belanja.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares