Breastfeeding Tips

Susu Perahan Semasa Travel

Zaman sekarang breastfeeding adalah merupakan sesuatu yang normal buat ibu- ibu, tak kira lah ibu bekerjaya ke, atau ibu yang menguruskan rumah sepenuh masa. Ramai ibu mula merasakan susu ibu adalah terbaik untuk anak mereka.

Buat ibu bekerjaya, terkadang ia nya agak sukar bila ibu terpaksa outstation bersama flight. Kalau naik kereta, mungkin boleh urus lagi stok susu. Tapi kalau bersama flight, kita boleh tertanya- tanya, boleh ke bawa stok susu naik flight? Boleh ke pam susu dalam flight? Tahan ke susu dalam cabin?

Hari ini ingin saya kongsikan beberapa tips yang berguna untuk anda

susu semasa travel

Jika anda outstation bersama flight, check perkara berikut:

1. Confirmkan dengan pihak penerbangan jika boleh bawa susu.

Declare susu anda supaya ia tidak di ambil sewenang-wenangnya. Kalau MAS boleh lenggang kangkung bawa dalam luggage atau hand carry bawa. Kalau flight lain seperti Korean Airlines, anda perlu declare sebagai ‘liquid medication’, dan boleh bawa dalam baggage.

Kita tak nak anjing kat airport cium-cium susu untuk baby kita. Untuk flight- flight lain, luang kan sedikit masa untuk hubungi pihak penerbangan untuk dapatkan pengesahan mengenai stok susu yang bakal kita bawa

2. Sediakan satu beg khas hand carry untuk pam susu dalam flight dan simpan stok susu yang di pam

Beg khas ni penting supaya kita tak tergagau cari accessories pam bila dalam flight. Dan tak perlu segan silu nak pam susu dalam flight, kita dah bayar seat tu, jadi lah duta brastfeeding ke mana sahaja kita pergi. Create the awareness. Tak perlu pam dalam toilet.

Bukan kita buat benda tak senonoh pun kan. Tapi haipp, aurat kene jaga ya. Kan boleh pam sambil tutup dengan shawl 🙂 Beg simpan stok susu pula perlu dilengkapkan dengan ice pack/gel pack supaya susu kekal sejuk.

3. Invest untuk dapatkan beg penyejuk

Conto seperti Fridge to Go atau Beg Coleman beroda untuk pastikan susu kekal sejuk walaupun duduk dalam cabin

4. Eksperimen keadaan susu

Maksud di sini, cuba eksperimen dengan susu kita, contoh kita plan nak simpan stok susu yang telah diperah nanti, di dalam cabin. Jadi cuba simpan stok tersebut dalam cooler box atau beg penyejuk. Stok susu dibalut dengan tuala dan gel pack.

Biarkan selama 5 jam atau 18 jam (bergantung kepada anggaran tempoh flight pulang , sampai airport dan perjalanan pulang ke rumah nanti). Perhatikan, cara macam mana yang boleh mengekalkan susu beku.

5. Jika outstation selama kurang dari 5 hari

Tak perlu bekukan susu kalau kurang dari 5 hari sebab nanti bila travel pulang ke rumah, payah pulak nak pastikan susu beku maintain beku. Lagipun susu beku kalau dah mencair, kita tak boleh bekukan semula

Langkah pengurusan susu dan EBM sepanjang travel:

Dalam Flight ke Destinasi :

  1. Perah/pam susu setiap 2-3 jam sekali
  2. Simpan susu dlm cooler bag yg diletak ice pack/chiller/gel pack

Dari Destinasi ke Hotel:

  1. Mohon bantua pihak hotel untuk izinkan kita tumpang peti ais mereka
  2. Simpan susu dalam freezer hotel (kalau nak beku kan) atau blh simpan dlm fridge hotel (susu tahan dlm fridge selama 5 hari)
    Mini Fridge dalam bilik hotel biasanya tidak sesejuk fridge di dapur, jadi minta izin pihak hotel guna fridge dapur
  3. Pastikan susu di label dengan nama dan nombor bilik

Dari Hotel ke Airport & Back Home:

  1. Isikan ice pack/gel pack/chiller di dasar cooler bag
  2. Letak susu atas ice pack/gel pack
  3. Letak lagi ice pack/gel pack di atas susu
  4. Letak tuala atau suratkhabar

Semua di atas untuk memastikan susu kekal beku dan sejuk

Setelah Sampai ke Rumah:

  1. Susu yg masih mempunyai kristal ais boleh disimpan semula dlm freezer
  2. Jika susu cair semua, susu perlu digunakan dlm masa 24 jam

Sekian perkongsian saya buat masa ini 🙂 Insya-Allah next entry, saya akan ceritakan pula tentang bawa susu dalam kereta.

P.s. – Jemput membelek koleksi tips-tips banyakkan susu badan (^_^) <– Klik

P.s.s. – Berminat nak cuba supplement Shaklee untuk banyakkan susu badan? Boleh hubungi saya di nombor yang tertera ataupun isikan saja Contact Form di bawah yer 😉

 

admin-ajax.php

[contact-form-7 404 "Not Found"]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *