Muhasabah

Syukur Atau Sabar?

Saja nak berkongsi di blog ini, agar saya tak terlupa dan moga menjadi manfaat buat pembaca semua, iaitu tentang syukur dan sabar.

Bulan lepas saya mendengar rakaman webinar salah seorang sideline Shaklee saya mengenai Terapi Syukur, dia baru balik dari program e-Hati.

Syukur maqam nya lebih tinggi dari sabar.

Biasa kita dengar orang cakap, “Sabar aku ni dah sampai had limit ni, tak boleh sabar lagi dah!”

Tapi tak pernah pulak kita dengar orang cakap “Syukur aku dah sampai had ni!”

Betul betul?

Kalau betul kita nak hidup yang lebih bahagia dan kaya berjaya, banyakkan bersyukur walau sekecil-kecil perkara.

Downline Shaklee saya yang baru balik dari Program Dr Azizan Osman iaitu Seminar Kenali Potensi Diri anda, berkongsi, syukur ni tak semestinya syukur apa yang kita ada.

Kita jugak boleh syukur pada apa yang kita mahu.

Sebagai contoh, Alhamdulillah terima kasih Ya Allah sebab bagi aku income RM 65,000 bulan ini ๐Ÿ˜‰

Syukur Sebelum Mengeluh

Sebelum kita bersabar, kita digalakkan untuk bersyukur terlebih dahulu.

Katakan orang potong que kereta kat jalan, dah lah tengah jam, kita lambat nak sampai ofis.

Cepat-cepat tukar kata hati yang negatif untuk terus cari, apa sisi positif dari perkara tersebut.

Boleh saja kita bersyukur sebab kita masih mampu bertoleransi, kita masih ada kereta dan ada minyak, jadi tak lah kereta tersadai tengah jalan waktu jem.

Boleh juga kita bersyukur kerana mungkin Allah nak selamatkan kita dari kemalangan maut, yang kita tak tahu akan datang.

Ye lah, kemalangan kereta kan biasa kita baca, sipi-sipi nak kena the other car.

Bersyukur lah.

kuasa kesyukuran

Antara 2 Hamba

Cuba bayangkan, kita ada 2 orang anak. Kita bagi kedua-dua mereka permainan yang bagi kita terbaik.

Anak Aย walaupun kita tahu dia tak berapa suka warna permainan yang kita bagi, tapi dia tetap cakap, “Terima kasih sangat- sangat, saya suka permainan ni.”

Anak B, sebab ada benda yang dia tak suka pada feature permainan tu, dia cakap “Ape lah belikan mainan ni, buruk!”

Kita ni dah keluarkan duit, beli kan mainan yang bagi kita terbaik untuk mereka.

Agak-agak, lain kali, kita nak belikan siapa extra mainan?

Mesti lah Anak A kan?

Sebab dia hargai pemberian kita.

Begitu juga lah kehidupan kita.

Kalau kita pandai bersyukur, latih diri untuk bersyukur, sikit demi sedikit Allah akan tambah nikmat kita.

Tapi kalau kita asyik komplen, mengeluh dan merungut, kebahagiaan pun tak nak datang pada kita.

Semua orang ada masalah tersendiri. Serahkan pada Allah.

Latih diri kita bersyukur.

Jurnal Kesyukuran

Antara cara untuk latih kesyukuran adalah dengan menulis jurnal kesyukuran.

Tulis pakai pen atau pensil atas kertas, lebih feel.

Kalau boleh, bukti kesyukuran tu, simpan dalam jurnal.

Sebagai contoh, tiba-tiba tengahari tadi ada orang belanja kita makan tengahari kat gerai nasi campur.

Ambil lah gambar nasi berlauk kita tu, dan print letak dalam jurnal kesyukuran, sambil tulis, terima kasih Ya Allah sebab belanja aku makan nasi campur tengahari tadi.

Jimat duit makan ku.

Terima kasih ya Allah.

Sebaiknya jurnal kesyukuran ni buat semasa:

  • Sebelum masuk tidur, agar minda separa sedar kita tidur dalam keadaan tenang dan program minda yang positif untuk tarik perkara-perkara positif
  • Sejurus selepas bangun tidur, agar hari kita bermula dengan keadaan yang positif dan cergas bertenaga
Contoh jurnal kesyukuran, gambar dari Google
Contoh jurnal kesyukuran, gambar dari Google

Apa kesyukuran anda hari ini?ย Jom senaraikan ๐Ÿ™‚

โ™ฅ Khadeejah Hasmad โ™ฅ
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

2 Comments

  1. Sabar kita sangat teruji bilamana kita mendengar si polan berbicara mengenai kita dibelakang kita.Sangat-sangat teruji.Di situ juga Allah sedang menguji sejauh mana tahap keimanan kita.

    Jadi bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita kerna itulah DIA berikan kesabaran yang tinggi pada kita. ๐Ÿ™‚ Allah tahu segalanya tentang kita ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *