Muhasabah

Syukur Sebelum Tidur Untuk Hari Esok Yang Lebih Baik

Biasa kita dengar orang cakap, kalau nak murah rezeki, bangun pagi kena ucap kesyukuran terlebih dahulu.

Kalau nak tahu, bersyukur sebelum tidur pun membantu menjemput rezeki.

Macam mana, apa tu, tak paham

Sebelum tidur, senaraikan 10 perkara yang kita syukuri.

Kemudian, pilih hanya satu perkara yang buat kita paling happy, dan cakap kepada diri sendiri, “Terima kasih untuk anugerah itu Ya Allah.”

Bila kita tidur, minda separa sedar akan bermimpi.

Kita nak minda separa sedar ni happy.

Bila happy, aura positif datang berderu-deru.

I-am-grateful-for3

Apa logiknya?

Teringat firman Allah Ta’ala..

“.. bersyukur lah kepada Ku., maka akan Aku tambahkan nikmat kepada mu..” [Ibrahim:7]

Bila kita bersyukur, kita akan fokus pada perkara yang positif dan membahagiakan.

Bila kita fokus pada perkara positif dan membahagiakan, maka lebih banyak lagi perkara positif akan datang kepada kita.

Minda kita semacam dah dijadikan magnet perkara positif.

Nak bersyukur untuk apa?

Kata kan lah korang rasa korang had a bad day.

Sabar, tarik nafas.

  1. Syukur dengan ujian

    Bersyukur, sebab dalam 50 orang kat kejiranan korang, Allah pilih korang sorang jugak untuk diuji. Allah uji tanda Allah sayang dan tanda Allah rindu nak dengar rayuan dan rintihan kita.

    Ada hadith pernah menyebut, Allah pernah berkata “Wahai Malaikat, timpakan lah ujian ke atas hamba Ku itu. Sesungguhnya Aku rindu nak mendengar rintihannya.”

  2. Syukur dengan anggota badan

    Pernah tak kita berterima kasih dengan tangan kita.

    Tangan kita ni, gigih bantu kita cari rezeki – yang taip keyboard kat ofis, cari fail kat ofis, kan ke tu kerja tangan.

    Tangan kita ni setia suapkan makanan ke mulut kita

    Bayangkan kalau tangan kita tercucuk kaca. Terus tak boleh pakai, kena rehat sampai baik.

    Jadi syukuri lah nikmat tangan

    Begitu juga dengan nikmat mata, kaki dan banyak lagi

  3. Syukur dengan ahli keluarga

    Syukur dengan nikmat suami dan anak-anak. Ada orng sampai umur 30 tunggu jodoh, tak sampai-sampai. Bersyukur lah yang anda mempunyai pasangan.

    Bersyukur lah dengan nikmat ank-anak. Ada pasangan dah kahwin 10 tahun, tapi masih tak dikurniakan zuriat. Duit pun dah habis beribu.

    Anda yang dikurniakan anak, Allah bagi percuma sahaja. Bersyukur lah

Dan banyak lagi senarai kesyukuran, yang kalau kita telek betul-betul setiap inci kehidupan kita, kita pasti akan amazed.

thankful

Dapat bernafas dengan oksigen pun nikmat tau. Ada orang terpaksa pakai topeng oksigen.

Sebelum tidur, maafkan semua orang, baca ayat kursi, dan bersyukur kepada Allah.

Insya-Allah, esok pasti bersinar dengan lebih baik!

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID: 858755

 

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *