Tanah Aina Farrah Soraya : Bermain Sungai Depan Bilik
2 bulan sekali, atau selang 3 bulan, kami mewajibkan diri mesti pergi bercuti.
Dekat-dekat sahaja pun jadi lah. Bila bercuti, fikiran jadi lapang, kita boleh recharge idea segar dan semangat untuk meneruskan kerja.
Salah satu lokasi tempatan kegemaran kami sekeluarga adalah Tanah Aina Farrah Soraya di Raub, Pahang.
Yang seronoknya, Tanah Aina ini dekat, hanya dalam lebih kurang 2 jam perjalanan dari ibu kota.
Di waktu bumi Selangor hangat membahang, Tanah Aina menawarkan suasana yang sangat nyaman dan tenang.
Resort ini bertemakan alam semulajadi eksklusif.
Disconnect to Reconnect
Oleh kerana tujuan bercuti adalah untuk mendapatkan ketenangan, maka resort ini tidak mempunyai line internet.
Nyaman di resort ini sehingga rasa macam pasang penghawa dingin bersuhu 27 celsius.
Untuk masuk ke dalam resort ini, kita perlu parking terlebih dahulu di kawasan yang disediakan.
Pihak pengurusan mereka sediakan khidmat kenderaan lasak untuk bawa kita masuk ke kawasan resort.

Masuk sahaja lobi, anda akan di hidangkan air sirap sejuk yang dihiasi daun pudina buat penghilang dahaga.


Pokok & Musim Buah
Pokok-pokok merimbun. Waktu belum musim buah, (bulan April lepas) tiada buah.
Musim buah adalah dalam bulan June hingga September.
Semasa musim buah, kita berpeluang melihat dan memegang buah yang bergantungan di pokok seperti durian, cempedak dan rambutan.
Ya, siap boleh pegang durian sebab bawah pokok ada meja tempat bersantai, dan panjat sebentar meja tersebut untuk pegang durian.
Nampak tak betapa excited nya saya di situ. Haha. (Tapi tiada gambar pula)
4 Jenis Bilik
Resort ini menyediakan 4 jenis bilik:
1) Ulam Raja – bilik paling besar untuk keluarga yang besar. Kami tidak memilih bilik ini kerana ia terletak terlalu hujung.
2) Honeymoon Chalet
3) Dorm – walaupun nama dorm, tetapi hiasan dalaman dorm ini tampak eksklusif.
4) Khemah tepi sungai
Kami memilih Honeymoon Chalet dan meminta di tambah 2 katil untuk anak-anak.
Pihak pengurusan turut tambah 1 katil bayi untuk baby Hannah.



Bilik Depan Sungai
Honeymoon Chalet kami, terletak betul-betul berhadapan sungai!
Memang dengar deruan air sungai sepanjang masa.
Subhanallah!!
Sungai depan bilik. Hanya turun tangga sahaja untuk mandi sungai.
Kali pertama kami menetap di Honeymoon Chalet Pudina yang mempunyai kolam sungai di hadapan.
Kali kedua, kami menetap di Honeymoon Chalet Selasih, ini sungai di hadapan bilik tersebut.
Anak-anak sangat suka berendam dalam sungai ini.

Kami pernah merasa 2 jenis Honeymoon Chalet di sini.
Bezanya hanya pada jenis sungai di hadapan bilik.
Honeymoon Chalet Pudina mempunyai kolam sungai di hadapan.
Seronok sikit lah sebab boleh berendam dari paras pinggang hingga ke paras leher.
Anak-anak ada kawasan kolam berdekatan yang paras betis dan pinggang mereka.
Honeymoon Chalet Selasih pula, sungai di hadapan bilik tersebut lebih berbatu dan hanya pada paras buku lali.
Walau apa pun, sungai di sini jernih, nyaman dan seronok.
Harga Termasuk Makan
Harga penginapan di sini adalah berbeza mengikut jenis.
Harga penginapan termasuk pakej 4 kali makan iaitu makan tengahari, minum petang, makan malam dan sarapan di esok hari.
Makanan mereka sedap-sedap sambil menghadap sungai.

Makan malam adalah bertemakan barbeku. Bukan kita yang buat barbeku. Mereka buat barbeku dan kemudian hidangkan kepada kami.



Tips Peminat Durian
Oh, satu tips bagi peminat durian.
Datanglah pada musim durian iaitu antara bulan Jun hingga September.
Kami, tempoh hari bercuti pada bulan Ogos, Alhamdulillah sangat tak sangka berpeluang melihat rimbunan buah durian yang sedang bergantungan di dahan.
Bukan itu sahaja, pihak resort turut menyediakan hidangan berupa serawa durian dan menghidangkan buah durian musang king secara percuma di meja makan kami.
Musang king itu pula adalah bersaiz XXL dan penuh setiap pangsa. (gambar saya cari nanti)
Wah! Memang makan sampai muak.
Aktiviti Lain
Ada banyak lagi aktiviti lain seperti terjun dari air terjun, morning walk, apa itu yang malam-malam berjalan, tengok taman herba, flying fox, etc.
Tetapi sebab kami datang pun untuk bersantai, jadi kami biasanya memang tak buat aktiviti lain kecuali leisure around.
Kalau anda adventurous memang menarik lah untuk cuba pelbagai aktiviti tersebut.
Cara Tempah Penginapan
Jika anda mahu cuba bercuti di Tanah Aina, boleh ke www.tanahaina.com dan email sahaja kepada mereka untuk buat tempahan.
Mereka juga mempunyai Facebook Page di www.facebook.com/tanahaina

Ok lah, itu sahaja yang saya kongsikan buat kali ini. Kalau jumpa banyak lagi gambar Tanah Aina dalam kamera, saya tambah ya.
Pendek kata, memang berbaloi-baloi sangat datang sini.
Thanks for reading! ^_^