Muhasabah

Teknik Dorong Anak Gaya Nabi

Subhanallah Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan saya untuk join program yang dah lama saya dok baca dalam FB, tapi tak pergi-pergi.

Nak dijadikan cerita, petang sebelum program, cikgu cakap tak cukup orang yang daftar. Ada 4 orang je (2 tu saya dan suami, 2 lagi orang lain) Dia tanya, saya nak tak teruskan coaching saja, atau duit refund.

poster teknik mendorong anak gaya nabi

Oh masa tu bersyukur sangat dia tak decide untuk cancel. Alhamdulillah saya kabo saya nak coaching.

Kenapa saya nak pergi?

Haha. Siapa yang duduk dengan anak kecil 24 jam sehari ngadap anak, berhadapan dengan pelbagai ragam yang mengundang pahala sabar, mesti naaaakkk sangat pergi program ni untuk belajar urus emosi diri sendiri, dan urus anak.

Anak-anak Syurga Kami
Anak-anak Syurga Kami

Saya pergi dan nak sangat pergi sebab baca kat blog ustazah ni cam best. Dan feedback pun banyak cakap berkesan.

I really need help with my kids, so I seek for help.

Alhamdulillah worth sangat – sangat.

Oh, big thanks to dear hubby yang tolong jagakan 2 anak syurga kami. Weehuu!! Pastu kami sama-sama revise sebab kalau tak revise, ai pun tak ingat. Input sangat banyak!

Apa yang di ajar?

Seriously, kalau saya jot down satu-satu pun apa yang saya belajar, ia tak sama macam jumpa cikgu tu sendiri.

Basically, ada 5 hadith. Dan kita di beri module untuk kaji hadith tersebut, dan ustazah guide, tentang cara macam mana nak praktik kan dengan anak – anak kita sendiri.

Discussion :D Ai ibu paling muda :P
Discussion 😀 Ai ibu paling muda 😛

Hadith yang teramat simple, yang alahai, banyak kali baca dah kot.

Contoh salah satu hadith:

Seorang arab badwi kencing di dalam masjid. Semua sahabat marah kepada arab badwi tersebut. Tapi Nabi Muhammad s.a.w cakap, biarkan dia habis kencing dulu. Lepas habis kencing, Nabi Muhammad s.a.w tak marah arab badwi tu.

Tapi dia kabo, masjid bukan tempat untuk kencing atau buang apa-apa jenis kotoran.

Tapi masjid tempat untuk menyebut nama Allah, solat dan mengaji al-Quran. Dah.

Tu je. Takde bebel panjang.

Lepas tu, Nabi Muhammad s.a.w minta sahabat-sahabat untuk cuci kencing arab badwi tu. Bukan dia suruh arab badwi tu cuci kencing dia sendiri.

Ok, kalau saya baca banyak kali pun, saya akan cakap, subhanallah, mulianya akhlaq nabi. Dah. Stop takat situ je.

Tapi sebenarnya ada banyak sangat yang kita boleh belajar dari hadith yang simple dan nampak common ni. Terlalu banyak.

Perhati setiap baris ayat. Perhati betul-betul apa yang Rasulullah s.a.w sampaikan.

  1. Cara dia sampaikan teguran kepada arab badwi tu.
  2. Ayat yang dia pilih.
  3. Kenapa dia pilih cara itu.
  4. Kenapa dia pilih ayat tersebut.
  5. Apa impaknya kepada orang yang buat salah?
  6. Apa impaknya kepada orang lain yang tengok kejadian tersebut, walaupun tak buat salah.

Teringat Allah pernah berkata: “Pada dia, ada teladan yang besar..” Innahu khuluqul ‘azim. Orang yang belajar agama, kalau saya tersilap, kabo deh.

Pada Rasulullah s.a.w ni ada contoh tauladan yang baik. Cuma kita kena kaji, macam mana nak tiru?

Dan dalam coaching ni, kami di ajar macam mana nak kaji.. :’) Priceless!

Pengajaran

Kesimpulan yang saya dapat dari hadith tentang kisah kencing tu:

  1. Bila anak buat salah, jangan herdik, jangan marah, jangan malu kan anak. Jangan jatuhkan maruah anak.
  2. Tapi tegur dengan cara beritahu peraturan – apa yang salah dan apa yang betul.
  3. Jangan di marah anak yang buat salah.
  4. Tapi tegur perbuatan salah tersebut.

Itu je.

Saidina Ali r.a kate, jangan tengok sape yang bagi nasihat. Tapi tengok apa yang dinasihatkan itu. Macam tu jugak lah konsep bila nak tegur anak.

Reverse Psychology?

Actually benda ni applicable bukan saja untuk anak, tapi juga untuk pasangan, etc.

Sebelum saya pergi coaching ni, saya baca je sharing ustazah ni kat blog dia.

Kadang saya baca kat newsfeed FB.

Sekali baca, terdetik dalam hati saya, “Alah, ni konsep reverse psychology je. Bukannya apa pun.”

Tapi bila attend coaching, for me, its more than that...

Reverse psychology versi Rasulullah s.a.w

Tak reti nak kabo lah. Pergi je lah kelas tu. Ni iklan tak berbayar tau. Huhu.

Selepas program, I can see that Malaysia’s youth is sick. But siapa yang bertanggungjawab membetulkan keadaan?

Diri kita sendiri. How we treat people, can really change people.

Muhasabah Diri

Saya adalah boleh termasuk kategori anti-social.

Ya saya buat bisnes Shaklee, still, saya merasakan saya introvert, banyak simpan dan tak pandai bergaul. Itu satu hal.

Lagi satu hal, saya merasakan diri saya tak pandai langsung nak ambil hati orang, well, saya jenis direct to the point.

Bila lepas kelas, saya mula faham, kenapa Rasulullah s.a.w sangat dicintai oleh semua orang yang kenal dia.

Dia pandai ambil hati orang! BUT, bukan dengan cara membodek atau cara keji.

Dia fokus kepada kebaikan orang. Dia sibukkan diri mencari kebaikan orang. Kalau small mistake, dia ignore je. Dia buat tak tahu.

Tapi dengan cara dia highlight kebaikan orang tersebut, automatically, orang tu akan berubah menjadi baik slowly!

Rasulullah s.a.w marah?

Indah nya, cerdik nya Rasulullah s.a.w. Kalau dia marah naik angin sekali pun, dia akan simpan sendiri.

How?

Dia diam bila dia marah. Diriwayatkan, kalau Rasulullah s.a.w marah, muka dia akan bertukar menjadi merah. Tapi dia diam.

Tak bebel bebel panjang macam saya >_<

No wonder, wanita yahudi yang selalu jatuhkan kotoran atas Nabi Muhammad s.a.w, at last masuk islam.

Bukan sebab kena rasuah ke hapa, tapi sebab memang peribadi Nabi ni tinggi. Agaknya kalau saya jumpa Nabi, sungguh saya tunduk dan kagum :’)

Ok dah panjang tulis 😛

If ever ada program lagi, surely I would want to join!

Kepada ibu bapa yang berminat nak join, jemput lah follow FB Ustazah Nurhidayah Jaafar.

Watch out for announcement untuk Program Teknik Dorong Anak Gaya Nabi. Or boleh contact terus dia untuk tanya upcoming program.

Moga perkongsian ini membuka minda ibu bapa sekalian. Jika anda rasa anda adalah hulkhogan kepada anak-anak syurga anda, it is completely normal.

Dan, ya, ada cara terbaik untuk membantu anda mengurus emosi anda, di samping, mendorong anak untuk tak buat aksi yang boleh buat kita jadi hulkhogan. Wahahaha.

We are starting with our very own Muhammad dan Maryam. Let’s spread love!

Bersama Ustazah Nurhidayah Jaafar ^_^
Bersama Ustazah Nurhidayah Jaafar ^_^

Berminat nak dapatkan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

iR Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 409 3457
==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 😀

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shakleekita akan bantu semaksima mungkin 😀

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 😀 Hubungi saya, Khadeejah Hasmad di SMS/WhatsApp 019 409 3457 untuk mendaftar sekarang!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *