Power Pumping | Teknik Banyakkan Susu Yang Berkesan

Walaupun majoriti ibu-ibu mempunyai keinginan yang meluak-luak untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, namun hakikatnya tak ramai yang berjaya.

Mengikut survey yang telah saya buat di page Breastfeeding Heaven, 56% ibu mengadu mempunyai masalah tak cukup susu.

Ramai yang emel bertanyakan tentang cara terbaik serta tips dan petua yang boleh diamalkan untuk banyakkan susu badan.

Sebagai menjawab persoalan tersebut, saya telah menulis entri tentang perkara asas penyusuan yang semua ibu wajib tau serta 5 cara yang telah saya gunakan untuk banyakkan susu badan saya sendiri (semasa menyusukan baby Maryam).

Baca juga –> 5 Tips & Petua Untuk Banyakkan Susu Badan

Dalam entri kali ini, saya nak kongsi salah satu teknik yang ala-ala gerila yang boleh anda cuba untuk ‘memaksa’ badan anda menghasilkan susu yang banyak.

Teknik ini dinamakan teknik Power Pumping.

Banyakkan susu badan dengan menggunakan Teknik Power Pumping

Apa Itu Teknik Power Pumping?

Teknik Power Pumping ini adalah satu teknik dimana kita cuba ‘meniru’ keadaan seolah-olah anak kita sedang mengalami growth spurt.

Biasanya waktu bayi sedang mengalami growth spurt, bayi akan menyusu dengan lebih kerap dan lebih lama. Ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak susu.

Ingat konsep ‘supply and demand‘?

Teknik Power Pumping ini menggunakan konsep tersebut di mana payudara akan dikosongkan dengan kerap supaya ianya diisi dengan lebih kerap.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Walaupun teknik ini bunyinya menarik, ia bukanlah satu teknik yang perlu diamalkan secara konsisten bagi menggantikan sesi penyusuan yang biasa. Anda hanya perlu gunakan teknik ini apabila ingin boost kembali penghasilan susu badan.

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu).

  1. Pam selama 20 minit & rehat selama 10 minit
  2. Pam selama 10 minit & rehat selama 10 minit
  3. Pam selama 10 minit

Teknik Power Pumping Untuk Banyakkan Susu

Secara keseluruhan, anda perlu mengepam selama 40 minit dalam masa satu jam.

Berapa Lama Saya Perlu Tunggu Untuk Nampak Hasil?

Berapa cepat nampak hasil bergantung kepada orang. Ada yang boleh dapat hasil sepantas 48 jam. Ada yang perlu tunggu 3-4 hari. Dan ada yang perlu bersabar selama seminggu.

Yang penting, si ibu tak boleh mudah putus asa dan perlu konsisten melakukan teknik ini sampailah nampak hasilnya.

5 Tips Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping

Buat yang pertama kali nak cuba teknik nih, saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba supaya sesi Power Pumping anda lebih berjaya.

#1 : Tabah

Jangan stress dan sedih kalau masa anda mula-mula pam, anda hanya pam angin. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha. Never give up!

#2 : Motivasikan diri sendiri

Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa anda pam. Ingat, tujuan teknik ini adalah untuk merangsang badan menghasilkan lebih banyak susu.

#3 : Breastpump yang serasi

Gunakan breastpump yang berkualiti (kalau handsfree lagi bagus) seperti Medela atau Spectra. Kalau anda gabungkan dengan nursing bra yang handsfree, lagilah memudahkan Power Pumping anda.

#4 : Tenangkan hati

Pastikan emosi anda sewaktu melakukan Power Pumping adalah ceria dan stress free supaya hormon prolactin mudah terhasil. Boleh cuba dengar lagu-lagu yang mendamaikan ataupun tengok gambar / video anak anda.

#5 : Lokasi

Lakukan teknik Power Pumping di tempat yang selesa sebab anda memerlukan masa selama 1 jam. Boleh sediakan bahan bacaan supaya anda tak kebosanan dan juga air untuk memastikan anda tak haus.

Cubalah Teknik Power Pumping & Kongsikan Hasilnya

Ok, sekarang adalah masa untuk anda mencuba teknik ini. Saya amatlah teruju sekiranya anda boleh kongsikan hasil daripada teknik Power Pumping anda di ruangan komen di bawah 🙂

Bantuan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee telah membantu merangsang penghasilan susu yang meriah dan pekat untuk ramai ibu menyusu.

Untuk Power Pumping, Set Penyusuan ini membantu ibu kekal bertenaga dan segar walaupun giat pam susu. Ye lah, macam intensif kan aktiviti Power Pumping, silap haribulan, ibu boleh melepek tak bermaya selepas sesi.

Set Penyusuan Shaklee ini juga lah yang membantu saya secara peribadi untuk bertenaga dan cergas walaupun aktif menyusukan anak.

set breastfeeding shaklee banyakkan susu
Set Penyusuan Shaklee yang telah membantu ramai ibu menyusu

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya di :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

10 Comments

  1. Salam khadeejah.. saya merupakan salah seorang ibu yang mengalami masalah penghasilan susu. Sekarang saya masih berpantang hari ke ke 36. Susu yang dapat saya hasilkan hanya 40 – 50ml je untuk sekali pam, itupun dah dicampurkan kedua-dua belah & itu amat2 mengecewakan saya. Hinggakan saya terpaksa mengambil jalan mudah dengan memberi susu fm. Saya masih berusaha untuk memperbanyakan susu & setelah membaca blog khadeejah saya telah mencuba teknik power pumping & hari ini adalah hari pertama saya. Harap khadeejah dapat mendoakan saya berjaya & segala nasihat & tunjuk ajar amat saya harapkan.

    1. Salam Puan Baidah 🙂

      Teruskan usaha. Konsisten walaupun hanya keluar angin sekalipun. Begitulah penyusuan ibu. AWalnya payah. Tapi insya-Allah susu Puan pasti akan meriah seiring dengan gigih dan semangat juang Puan yang tak berhenti perah susu.

      All the best!

  2. Assalamualaikum sis..
    saya sudah pun melepasi tempoh berpantang.alhamdulillah sepanjang tempoh tersebut bby cukup susu.cuma mslh sy ialah sy x buat stock susu utk ank sy smntra nk hntr kpd pengasuh.cuma tggl lebih kurang 2mggu sblm sy masuk kerja.persoalan sy..blh ke sy buat power pumping and dlm msa yg sma ank menyusu.skrg pun sy cuma dpt 2-3oz sekali pump.blh ke stiap kali slps susukan ank..slps sejam sy pump smla?sy btl2nk menyusukan ank sy..at least smpai 6bln.sis tlg bntu sy.kdg hal ni buat sy stress.

    1. Assalamu’alaikum wrt Sis 🙂

      Terima kasih untuk soalan sis. Ya boleh untuk power pumping sambil anak menyusu. Dan boleh juga pam selepas satu jam susukan anak.

      Tapi biasanya kalau saya letih masa kerap susukan anak, atau kalau susu drop, saya suka amalkan Set Penyusuan Shaklee. Ia sangat membantu kita-kita ibu menyusu.

      Kalau sis nak cuba Set Penyusuan Shaklee nanti, boleh bagitau saya di sini, atau contact je saya di 019 4093457 ya 🙂

      Ikhlas,
      Khadeejah Hasmad.

  3. Assalamualaikum sis saya br habis pantang sy br start buat stok tp hasil tak brape meriah lah cuma dpt 2oz je itupun kedua2 belah payudara.harap sis dpt bantu sy mcm mn sy nk dapatkan susu yg byk.

    1. Assalamu’alaikum wrt Dear 🙂

      Maafkan saya kerana terlewat reply. Mesti Sis susah hati kan..

      Sebelum saya boleh membantu, saya perlu tahu:

      1) Adakah Sis perah setiap 2 jam sekali?

      2) Dalam sehari, adakah Sis pasti minum 1 liter air masak

      3) Sis ada minum teh atau kopi?

  4. Assamualaikum..saya ingin bertanya..bgaimane saya nk lakukan power pumping dgn keadaan saya kerja shift ye..jadual kerja x menentu..bile blik kerja terus ambil ank di rmh pengasuh. .

  5. Assalamualaikum sis,saya mengalami masalah kurang susu la..saya start kurang susu selepas breast saya bengkak selame smggu..saya dah cube macam2 kaedah nk surutkan bengkak tapi xberhasil dan selepas smggu bengkak surut dengan bantuan urut..bengkak susu terjadi sebab saya kurang menyusukan anak saya sebab kedua dua nya penat baru lepas balik dari kampung..bengkak tu jadi mase malam saya balik dari kampung ..sekarang nie saya kena buat macam mane ek supaya susu saya banyak semula..

Leave a Reply

Your email address will not be published.