Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu, Sabah – Welcome Seafood

Welcome Seafood Restaurant Sangat berbeza dengan 3 seafood restaurant Kota Kinabalu yang pernah kami lawati sebelum ini.

Saya jumpa pun semasa google ‘Best Seafood Restaurant’

Welcome Seafood Restaurant menduduki tempat pertama dalam top ten.

Dan itu pun suami setuju sebab ia lebih dekat dengan kediaman AirBnB kami di Kota Kinabalu.

Restaurant ini terletak di Jalan Penampang Lama, Penampang, Kota Kinabalu.

Tapi mohon maaf sebab tak ambil gambar. Pinjam Google je lah dulu ya.

Menu kami

Antara menu yang kami cuba :

1) Butter prawn basah
2) Butter prawn kering
3) Ikan masak cili – tak ingat nama masakan tapi ada rasa pedas dan kuah macam cili, ikan siakap kot rasanya
4) Baby Kailan goreng, kot. Tapi memang Baby Kailan
5) White Clam Soup

Kenapa berbeza berbanding restoran lain?

Antara kelainan yang menarik hati kami:

1) Bila kami sampai je di muka restoran, terus ada pakcik tua sambut dengan sangat ramah, walaupun restoran tu nampak penuh dan ramai orang.

2) Pakcik tu tengok ada baby dan budak kecik, jadi dia cadangkan duduk dalam ruang makan ber-aircond

3) Menu tidak diberi di meja makan macam biasa. Tapi dia ajak ke ruang basah yang ada ikan udang ketam dan tunjuk lauk apa untuk haiwan apa.

So, dari malas, rasa teruja pulak nak memilih. Dari rasa nak makan udang je, jadi berubah tambah ikan, clam dan sayur.

4) Menu minuman adalah sangat ringkas.

Tapi diorang cadangkan minuman berlimau terlebih dahulu.

Pelbagai jenis minuman berasaskan limau – teh o limau ais, air limau kesturi bersama asamboi atau dikenali sebagai kicai, air limau pink kalau tak salah namanya dan pelbagai jenis limau lagi.

Mungkin juga limau ni nak eliminate kolesterol yang disebabkan udang yang bakal kami makan?

5) Kawasan makan sangat sangat bersih.

Meja makan tu, walaupun ramai orang, memang bersih.

Tak geli pun tengok. Lantai ruang makan pun, sangat bersih.

6) Pengurusan sisa makanan

Biasanya di restoran-restoran sebelum ini, kami nampak depan mata sisa makanan di buang dalam tong khas, kemudian di asingkan pinggan.

Geli nampak sisa makanan dan pinggan kotor, kadang lalu sebelah kita yang baru nak makan.

Tapi di Welcome Seafood Restaurant, langsung tak nampak perkara sebegitu.

Jadi, tak lah rasa geli.

Indeed, waktu kami makan, ada ketika beberapa pinggan telah selesai, mereka ambil dan bawa ke dapur.

7) Harga berpatutan

Menurut analisa suami saya, Welcome Seafood Restaurant ini lebih jimat berbanding restoran-restoran seafood di Kota Kinabalu yang pernah kami makan sebelum ini.

Alhamdulillah licin meja kali ini. Hihi.

Mungkin sebab makan beramai-ramai.

Makanan seafood macam di Kota Kinabalu ni, makan ramai baru best. Kalau kita aje, kurang seronok sikit.

Kalau anda ke Kota Kinabalu, jangan lepaskan peluang singgah sini ya 🙂

Waze aje Welcome Seafood Restaurant, pilih Jalan Penampang Lama.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares