Tempat Pelancongan Impian Saya | Hari #8: Cabaran 30- Hari Entry
Bila sebut melancong, mesti ramai terbayang overseas, ye tak 😉 Same lah dengan ai. Tapi bila mula coaching anak cucu satu Malaysia, saya perasan yang banyak lagi tempat kat Malaysia ni saya belum explore.
Kalau ada air terjun ke, sungai ke, memang suka sangat sangat. Contoh air sungai yang sejuk dan tenang yang belum terusik- air sungai Lanchang. Kalau korang travel dari KL ke Pantai Timur guna Lebuhraya Pantai Timur (LPT), cuba berhenti kat Hentian Lanchang.
Kat situ bukan RnR, tapi ada air sungai yang tenang, sejuk, lebih best dari Sungai Congkak. Boleh bawa bekal siap- siap untuk makan sambil lepak kat batu sungai. Ada beberapa privacy spot, maksudnya kalau macam saya ni perempuan nak berendam, ada beberapa spot yang memang terlindung.
Masa singgah hari tu, kitorang just tukar baju dalam kereta je.
Oh ada banyak tempat pelancongan impian saya. Tapi yang paling teringin sangat nak pergi buat masa ni adalah Tanah Aina. Haa, walaupun dalam negara je, tapi baca review orang memang menarik sangat- sangat
Tanah Aina ni sebuah resort dalam hutan simpan. Oh, saya ada letak beberapa gambar, semua credit kepada website Tanah Aina dan FB Tanah Aina sendiri.
Nak masuk dia kena guna 4 wheel drive. Memang kita drive. Tapi kena berhenti kat satu lokasi, dan diorang akan bawa kita naik 4WD. Menurut pengunjung, layanan dari pihak Tanah Aina adalah superb!

Makan disediakan 6 (ENAM) kali sehari! Dah macam event Petronas pulak. Makan makan dan makan. Hihi. So takde lah pening kepala nak cari kedai makan kan. Dan saya yang cerewet ni rasa lega bila baca komen pelawat cakap makan memang sedap. Ada welcoming drink untuk yang baru sampai.
Walaupun dalam hutan, tapi pihak pengurusan ada sediakan beberapa pakej termasuk Honeymoon Chalet, Dorm. Campsite sah- sah lah ada, kan?




Activities pun banyak termasuk flying fox, heb garden dan jungle trekking. Macam -macam ada lagi sebenarnya. Boleh email je kat diorang untuk tanya kita berapa ramai, nak buat aktiviti apa, atau diorang suggest apa, etc.



Tapi what I am looking for most is, sungai dan air terjun. Hehe. Saya memang sangat suka sungai dan air terjun. Sejuk dan tenang dengar air mengalir, sambil berendam. Muhammad dan Maryam pun dah mula suka main air.

Insya- Allah dalam bulan April atau May 2014 kitorang akan datang sini refreshing selepas berhempas pulas mendapatkan M pada March 2014 dalam Shaklee 😀 Hik3. Angan- angan itu percuma. Kena RCA extra nih.
Apa lokasi pelancongan impian anda? Jom kongsi 😀