Temui PTS Di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014
Buat yang belum tau, hari nih adalah hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. Pesta Buku kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya sebab ia bermula pada hari Khamis dan berlangsung selama 11 hari.
Saya pun mulanya terfikir-fikir, betul ke Pesta Buku mula 24 April? Kan ke 24 haribulan tu hari Khamis… Rupa-rupanya memang betul mula hari Khamis 😛
Adakah kerana hari ini hari gaji bagi kakitangan awam? Hehe…
Apa Yang Menariknya Pesta Buku Antarabangsa 2014?
Bagi saya, antara yang sangat menarik dalam Pesta Buku kali nih adalah booth PTS Media Group yang menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik serta pakej promosi yang menjimatkan.
Antara hadiah yang pasti menjadi idaman setiap orang yang ke booth PTS adalah iPad Mini dan juga Instax Mini. Jadi teramatlah rugi siapa yang tak meluangkan masa untuk singgah ke booth PTS yang diberi nama “Pavillion PTS”.
Antara hadiah-hadiah lain yang menanti peminat buku-buku PTS:
dan…
Selain daripada itu, PTS juga menyusun pelbagai aktiviti yang menarik, setiap hari sepanjang Pesta Buku berlangsung. Anda boleh melihat senarai aktiviti yang bakal diadakan dalam poster-poster di bawah.



Promosi PTS Di Pesta Buku Antarabangsa 2014
Untuk Pesta Buku kali ini, PTS membawakan konsep ‘diskaun’ yang sedikit berbeza di mana mereka menawarkan harga promosi untuk pakej-pakej buku seperti:
- Pakej Buku Kanak-Kanak @ RM50
- Pakej Buku Motivasi @ RM40
- Pakej Novel Dewasa @ RM45
- dan banyak lagi pakej-pakej menarik!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi yang disediakan oleh PTS Media Group, boleh lawati laman web rasmi PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 di PTS PBAKL 2014.
Lokasi Booth aka Pavillion PTS di Pesta Buku Antarabangsa 2014
Untuk yang merancang untuk melawat Pavillion PTS nanti, anda boleh merujuk peta di bawah:

PTS juga ada menyediakan video khas untuk yang nak ke booth PTS nanti. Boleh klik mana-mana video di bawah mengikut cara anda ke Pesta Buku nanti.
- Panduan ke booth PTS dari tempat letak kereta PWTC
- Panduan ke booth PTS dari kawasan menurunkan penumpang PWTC
- Panduan ke booth PTS untuk pengguna KTM
- Panduan ke booth PTS untuk pengguna LRT
Jom Ke Booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa 2014
Akhir kata, jomlah kita serbu booth PTS di Pesta Buku nih! Peluang hanya datang setahun sekali. Manalah tau ada peluang menang iPad Mini free kan?
Tak Dapat Nak Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014?
Oh, kalau anda teringin sangat nak beli buku PTS dengan harga ‘Pesta Buku’ tapi tak dapat nak ke PWTC, anda juga boleh membuat pembelian secara online di Kedai Buku Online PTS dan menikmati kadar diskaun yang sama macam di Pesta Buku. Best tak?
Haaa, dah takde alasan untuk anda tidak memiliki buku-buku berkualiti dari PTS (+ dengan harga menarik!) 😉
Sebelum terlupa, jemputlah singgah di laman-laman sosial PTS di bawah. Nanti takdelah anda terlepas peluang promosi terkini dari PTS 🙂
kepada yang membaca buku dan mencari buku PTS ni… memang ni satu peluang yang baik.. jom ke pesta buku!!
Peluang memborong buku rujukan. Bukan senang nak dapat diskoun gila2 camni selain di pesta buku.