Muhasabah

Terima Kasih Kepada Diri Sendiri Dan Berhenti Sabotaj Diri Sendiri

Kita selalu cakap terima kasih kat si A, si B,  si C. Tapi selalu lupa nak ucap terima kasih kepada Allah dan diri sendiri.

Erk.

Cemana nak cakap terima kasih kat Allah dan diri sendiri?

As simple as tengok satu-satu apa yang Allah bagi kat kita,  and say thank you.

image

Contoh,

Tangan

Terima kasih Ya Allah dan kepada engkau wahai tangan, sebab gigih tolong aku cari rezeki. Ye lah, dari drive kereta ke tempat kerja, taip entry kat blog, taip kerja kat PC. Tu belum masuk engkau tolong masakkan makanan, suapkan makanan ke dalam mulut

Kalau engkau tertusuk kaca ke,  sah-sah aku tak boleh buat apa. Sah-sah aku kena rehat, rutin aku terganggu.

Minta maaf lah aku selalu salah guna dan sabotaj engkau wahai tangan. Selalu sangat aku scroll newsfeed Facebook membuang masa. Kadang-kadang gatal juga tangan aku ni click link yang tah hape – hape. Astaghfirullahal’azim..

Mata

Terima kasih Ya Allah dan kat engkau wahai mata, sebab tabah membantu aku untuk cari info, baca maklumat yang nak disampaikan oleh kawan-kawan aku, baca pesanan motivasi dan tips bisnes dari upline aku.

Kalau engkau masuk habuk ke, termasuk benda apa-apa ke, dah sah aku susah nak berhubung dengan dunia luar.

Minta maaf Ya Allah dan minta maaf kepada engkau jugak wahai mata. Sebab kadang aku ni salah guna dan sabotaj engkau tengok gambar-gambar tak senonoh. Kadang aku salah guna engkau tengok movie lama sangat. Padahal banyak lagi kerja yang aku kena buat

Kaki

Terima kasih kat engkau wahai kaki yang bawa aku ke mana saja aku nak. Kau bawa aku ke dapur bila aku nak makan. Kau bawa aku ke dalam ofis bila aku nak buat kerja. Kau bawa aku ke bilik air bila aku nak buang hajat.

Kalau engkau tersadung ke, terseliuh ke,  dah tentu aku kena bedrest, atau jalan terhenjut-henjut.

Sebelum Allah tarik

Sebelum Allah tarik semua nikmat yang free ni, adalah lebih baik kita bersyukur bersyukur dan guna secara betul.

Eh cuba tengok orang yang kudung tangan, orang yang buta. Bayar lah berjuta sekalipun, tangan palsu tetap tak dapat sama dengan tangan yang Allah kurniakan.

Macam lah kalau kita bagi anak kita iPad. Kalau dia main game yang bagus dan tengok cerita yang membina, suka lah kita nak bagi dia guna lagi lama.
Tapi kalau dia main game tak senonoh, tengok Youtube yang tah hape-hape, mesti kita akan ambil balik iPad tu kan.

Macam tu juga anggota tubuh kita.

Bersyukur dengan cara menggunakan semua nikmat dengan cara yang betul. Dan fully utilize dan maximize kurniaan Allah.

Seringkali kita ingat keadaan yang sabotaj diri kita. Tapi sebenarnya diri sendiri lah yang paling kuat sabotaj diri kita.

Ye ke kita ada sabotaj/aniaya diri sendiri?

Pakar menyatakan otak dan akal manusia yang kecik tu, adalah lebih hebat dari processor komputer.

Bahkan otak manusia mempunyai minda separa sedar yang kuat dan mampu mendorong kita buat apa saja kita nak, tapi, kita cakap otak yang hebat itu adalah organ yang lemah.

Kita cakap ciptaan Allah itu, lemah.

Contoh sabotaj diri sendiri T_T
Contoh sabotaj diri sendiri T_T

Macam mana? Bila kita cakap aku tak boleh, aku tak yakin, itu adalah petanda kita merendah – rendahkan kuasa otak, sekaligus mensabotaj diri sendiri.

Mari kita mula bersyukur dan hentikan sabotaj diri hari ini juga.

Have a fruitful day!  ^_^

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *