anakku sayang | Gentle Natural Birth

The Birth of Baby Hannah

Lamanya nak publish cerita. Sebab tak tahu nak cerita apa 😛

Alhamdulillah kelahiran baby Hannah sangat senang dan tenang.

Ceritanya, pagi 2 September, jam 9 pagi, dah mula terasa surges (contraction)

Masa tu pergi Bank Islam sebab nak check berapa unit trust kami dah beranak.

Kami ada misi untuk buat early settlement untuk kereta.

Lepas tu nak kumpul aset, etc.

Melayan lah surge di Bank Islam. Rasanya dah nak bersalin kot.

Tapi surge itu hanya berlaku dalam masa satu jam, lepas tu, hilang.

Hampa kecewa betul.

Malam tu terasa kepala baby macam dah masuk ke kawasan yang orang kata engaged lah.

Tapi sebab selalu sangat rasa macam tu, jadi, ia adalah sesuatu yang tidak dihiraukan sangat.

Lagipun terasa, angka 2 hb macam tak berapa comel je, sebab bukan nombor ganjil.

Haha. Mengada.

Sampai ke malam tunggu, surge tetap tak kunjung tiba. Jadi saya tidur je lah.

Esoknya 3 September, jam 9 pagi jugak, mula terasa surge.

Tapi sebab tak nak rasa kecewa, saya tak letak harapan yang tinggi.

Layan kan saje. Alhamdulillah teknik pernafasan HypnoBirthing sangat membantu, saya tak terasa stress sangat masa surge ni.

Saya dok lah berharap surge ni berpanjangan sebab kan kalau nak baby keluar, surge kena kerap dan semakin intense.

Tapi..

Apa yang berlaku semasa kelahiran Maryam, happens sekali lagi.

Saya tengok jam yang tak berapa betul 😛 Jam tu asyik lambat 2-5 minit walaupun kita dah betulkan jarum.

Dah pukul 10.10 pagi. Masa tu surge adalah tidak berapa sekata.

Maksudnya interval dia kejap 5 minit, kejap tu 10 minit.

Tak tetap lah.

Saya yang sangat geram, haha, sebab I cannot stand to be pregnant anymore  >_< telah cuba untuk buat macam-macam posisi squatting.

Kononnya nak paksa juga baby keluar.

Kejap duk dalam bilik air, tak keluar jugak.

Dah letih dalam bilik air, pi sujud dalam bilik pulak.

Lepas tu posisi all four, posisi cangkung, posisi leap frog, semua lah.

Saya buat semua tu tanpa tengok jam.

Tapi rasanya macam berkesan sebab masa tu surge dah terasa semakin intense.

Masa ni terasa oh, I cannot hold the surge anymore, rasa nak call je Wai Han, my HypnoBirthing sifu.

Tapi sebab boleh tahan lagi, hold dulu.

Suami saya teman duduk dengan saya the whole time, bersama Maryam. Haha.

Bila dah malas letih, saya duduk jap macam biasa, dan suami check on Muhammad yang sedang tengok kartun kat ruang tamu.

Masa tu, saya cuba pulak but posisi semi reclined, alang-alang sedang duduk, kan.

Saya kena jugak hadap surge kalau nak baby cepat keluar.

Sedang saya dalam posisi semi reclined, suami saya masuk bilik dan tiba-tiba dia buat gaya tadah tangan.

Saya macam skeptikal. Ye ke baby dah nak keluar.

Ye lah, sebelum ni saya minta suami cakap apa-apa kat saya as if baby dah nak keluar walaupun dia belum nampak rambut baby.

Sebab masa saat ini, encouraging words adalah sangat memberi kita semangat.

Such, sikit lagi. You are doing great.

Masa tu baru lepas marathon tengok siri The Mentalist.

Kan ada banyak part Patrick Jane hypnotize orang, saya dok bayangkan yang dia tengah hypnotize saya.

Haha.

Ok, sambung part suami saya tadah tangan, dan saya skeptikal.

Tiba-tiba suami saya ambil kamera buh depan bukaan.

Sebelum ni memang saya ada minta suami tolong rekod sebab teringin sangat nak tengok saat baby saya dilahirkan.

Masa Maryam dulu tak berpeluang sebab tak ready langsung.

Oh, video itu telah di delete. Huk3

Sebabnya kamera tu digunakan untuk kelas suami saya, jadi untuk elak orang lain accidentally tengok, suami saya delete.

Next time kena ada kamera private lah kot. Huhu.

Ok sambung sambung.

Then saya tanya, baby dah nak keluar ke?

Suami saya cakap Aah, again saya masih skeptikal.

Kot lah semua itu sekadar untuk beri motivasi pada saya.

Wahahaha.

Dan tiba-tiba, untuk coming surge, saya rasa macam nak push, dan saya push, sambil bayangkan tolak baby dalam perut untuk keluar, tapi bukan baby yang keluar.

Air ketuban saya pecah macam ‘pop’ dengan sangat kuat dan percik laju ke suami saya.

Masa tu, baru lah saya percaya yang baby is coming out!

Oh, imagine the excitedness :’)

Saya terasa nak push sangat. Dan memang saya push.

Tapi alhamdulillah Hubby cakap, relax.

Masa tu, dalam badan semua menggeletar, sejuk kot.

Tapi berpeluh.

Maybe sebab belum breakfast. Mana lah expect baby nak keluar.

Bila hubby cakap relax, memang dalam hati saya cakap, ‘Cakap senang lah.’

Haha.

Tapi sebab dia yang nampak what happen kat bukaan, so, saya follow je instruction hubby.

Dia cakap jangan push. Susah nak keluar nanti.

Of course. Saya push lebih dari sekali, kepala baby tetap tak keluar.

Hubby instruct, dia cakap relax, ambil nafas, breath in.

Masa tu saya fikir, macam mana bila relax, baby boleh keluar.

But just do as told. Lagipun dalam kelas HypnoBirthing memang ajar bila ibu relax, baby lebih mudah nak keluar.

What then I did – saya senyum, sebab bila senyum, bukaan kat bawah tu lebih besar.

Then kan biasa kita rasa nak ketap gigi, nak genggam tangan.

Lawan perasaan tu.

Senyum, gigi tu kasi nampak senyum dan jangan ketap.

Tangan yang nak tergenggam tu, bukak je luas-luas.

Bila rasa tense, kibas-kibas je tangan tu.

Dan masa yang sama, inhale as long as possible. Bukan tahan nafas ya.

Masa ni peranan hubby untuk bagi the proper instruction adalah very very very important.

Memang saya sangat berterima kasih dengan hubby sebab tolong guide saya masa nak bersalin.

Bersyukur teramat sangat3 :’)

Alhamdulillah bila relax, terasa ring of fire, yang pijar masa kepala baby nak keluar.

Subhanallah!!! :’)

Masa ni hubby senyum dan keep on saying relax relax.

Dan saya nampak kepala baby yang sedang keluar :’)  :’) :’)

Masa tu, entah nak kata, so unbelievable :’)

Tapi oleh kerana fire ring of fire tu masih terasa, saya tak pegang kepala baby masa tu.
Hubby dah sediakan saya untuk breastfeed baby.

Entah, saya ingat lambat lagi badan baby nak keluar, macam masa Maryam.

Tapi the next surge, the whole body keluar :’)

Syukur Ya Allah! :’)

Sangat sangat mudah!

Oh, untuk next time tak rasa ring of fire, saya perlulah berdisiplin buat perineal massage.

Bukan hari ni buat, esok lusa malas. Haha.

Terus hubby sambut baby dan letakkan atas saya.

Subhanallah Subhanallah Subhanallah :’)

Masa tu semua alahan dan sakit masa mengandung, semua hilang.

Haha.

Mengandung Hannah adalah paling mencabar setakat ini.

Tapi bersalin Hannah setakat ini adalah paling mudah.

Masa tu, kami excited sangat, Subhanallah.

Hubby azankan dan iqamat kan baby.

Kejap je lepas tu, mungkin dalam kurang 5 minit, another surge datang.

Masa ni memang dah expect untuk the birth of plasenta.

Plasenta/Uri baby Hannah sangat cantik, fully intact.

After few minutes, baru tengok jam, menunjukkan 10:51 pagi.

Boleh lah buat waktu tu sebagai waktu kelahiran.

Entah, maybe baby lahir jam 10:40 pagi atau 10:30 pagi.

Darah, tak lah banyak sangat. Just darah yang mengiringi plasenta.

Bukan pool of blood.

Jadi, itulah birth story baby Hannah.

image

Memang dah tak larat nak pregnant lagi masa tu. Huhu.

But alhamdulillah baby Hannah keluar perfectly at 38 weeks 3 days.

Perfect sangat, dia menangis keluar air mata. Huhu.

Masa Muhammad dan Maryam dulu, tak perasan ada air mata.

Maksudnya kelenjar air mata baby Hannah dah terbentuk semasa dia lahir.

Who knows, kalau baby Hannah birthed at 40 weeks, mesti lebih amazing. But saya tak mampu lah nak tunggu.

Kekekeke.

Dan baby Hannah adalah sangat sweet, malam dia langsung tak bangun.

Nak susu pun, dalam pukul 4 pagi. Siang tido all day, menangis hanya sebab nak susu.

Sangat tidak cranky. Subhanallah.

Terima kasih Ya Allah.

Nonetheless, semua anak pun kita sayang, kan? Cranky or not. Kerap bangun malam or not 😉

I love our Muhammad, Maryam & Hannah.

Next baby, more preparation Insya-Allah :’)

Private camera untuk video, dan disiplin perineal massage starting week 34/35 😛

Similar Posts

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *