Tiada Susu, Alasan Untuk Tidak Perah Susu? 

Secara teorinya, kita tahu, untuk banyakkan susu, kita perlu menyusukan bayi sekerap yang mungkin. 

Atau jika anak tidak kerap menyusu, kita sendiri perlu perah susu sekerap yang mungkin. 

Definisi kerap adalah dalam jangka masa setiap 2-3 jam sekali. 

Kenapa Tidak Susukan Bayi/Perah Susu? 

“Kak, susu saya tiada. Sebab itu saya tidak memerah.”

“Payudara saya tidak bengkak, jadi saya tidak perah lah susu.”

Realitinya, kebanyakan ibu mengalami situasi dan cabaran di atas. 

Rasa seperti susu tiada. 

Rasa payudara tidak membengkak. Kalau perah, takut habis semua susu yang ada. 

Konsep Bekalan & Permintaan

Susu ibu terhasil mengikut konsep ‘supply and demand‘  atau juga dikenali sebagai ‘bekalan dan permintaan’ 

Jika si comel tidak meminta, bagaimana badan ibu mendapat isyarat untuk hasilkan susu? 
Dan jika badan ibu tidak mendapat isyarat yang bayi sedang lapar, badan tidak akan hasilkan susu. 

2 cara mudah untuk hantar isyarat kepada badan kita untuk hasilkan susu:

1) bayi menghisap payudara untuk menyusu

2) sesi memerah susu

Apabila payudara mula mendapat hisapan dari bayi atau perahan dari pam susu, payudara mendapat isyarat yang bayi mahukan susu. 

Lagi lama bayi menghisap, payudara akan dapat isyarat yang bayi perlukan lebih banyak susu. 

Jadi badan akan bekerja untuk hasilkan susu yang diperlukan. 

Jadi, jika payudara terasa seperti kosong, menjadi kewajipan ibu untuk hantar isyarat kepada payudara yang bayi perlukan susu. 

Kerapkan sesi memerah susu setiap 2-3 jam. 

Suakan payudara kepada anak untuk dia menghisap kerana hisapan anak merupakan cara yang paling efektif untuk memberi isyarat kepada badan untuk hasilkan susu. 

Pada hari-hari pertama perahan, kemungkinan ibu tidak nampak hasilnya. 

Susu mungkin hanya akan keluar setitik atau dua titik. 

Teruskan sesi perahan supaya badan tangkap isyarat ‘hasilkan susu, bayi perlukan susu.’ 

Insya-Allah kebiasaannya dalam minggu pertama, jika ibu konsisten menghantar isyarat kepada badan melalui bayi yang menghisap payudara, atau sesi perahan susu, payudara akan mula mengeluarkan susu dan akan mula membengkak. 

Jika payudara kosong, dan bayi tidak disuakan payudara untuk dihisap, badan akan mendapat isyarat yang bayi sebenarnya tidak mahu susu. 

Tiada hisapan adalah isyarat tidak mahu susu. 

Kerap menghisap adalah isyarat, ya, bayi ini betul-betul mahu susu.

Bila bayi mahu susu, badan perlu bekerja untuk hasilkan juga susu. 

Dan pada masa yang sama, ibu juga harus menjaga pemakanan dan pastikan minum air kosong yang banyak untuk hasilkan susu yang berkualiti. 

Semoga entry ini bermanfaat untuk ibu yang sedang berusaha menyusukan bayi. 

Selamat berjaya! 🙂 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares