anakku sayang | Mengajar Anak Di Rumah | Unschooling

Tingkatkan Self Confidence Anak Melalui ‘Play’

Sebab kanak-kanak lebih banyak belajar melalui bermain, walaupun kita nampak macam anak itu sedang main je.

Baru baca kat link yang dikongsikan oleh pakar child development, Dr Afzan.

Melalui play, anak kita belajar untuk explore the world.

Dalam rumah, kebanyakan masa, ibu bapa akan kawal anak. Nak pakai baju apa, itu pun biasanya ibu bapa tentukan.

Nak makan apa, nak keluar ke mana, semua ibu bapa tentukan biasanya.

Tapi semasa play, anak kita dapat kuasa sepenuhnya. Dia boleh decide nak buat apa, cakap apa, pergi mana dengan semua mainan dia.

Takpe walaupun bukan mainan mahal.

Saya perasan, Muhammad, anak pertama kami, kebanyakan perkara, memang saya dan suami tentukan untuk dia.

Jadi, self confidence Muhammad macam rendah.

Dia tak berani decide atau cuba benda baru sebab mungkin takut salah dan tak kena di mata ibu bapa dia.

Bila kita beri kebebasan untuk buat sesuatu, dia macam tak percaya dengan kebolehan diri sendiri.

Contohnya bila kita minta tolong lap meja, dia akan teragak-agak betul ke yang nak kena lap tu di kawasan itu, betul ke cara dia lap, betul ke itu dan ini.

Tapi sedikit demi sedikit kami beri galakan iaitu semasa Muhammad bermain.

Contohnya, mainan train Muhammad, biasanya suami saya yang pasangkan.

Tapi kami beri galakan untuk dia pasang sendiri.

Galakan itu adalah bermula dengan suruh dia pasang sendiri. Kemudian tak kira lah track itu betul atau tidak, kami raikan sahaja.

Mula-mula dulu, Muhammad pasang track train hanya satu baris.

Maksudnya train bila lalu, dia akan off track sebab track tidak bersambung.

Tapi alhamdulillah malam semalam, Muhammad dah boleh figure dan buat track versi bulat.

Jadi train Muhammad boleh bergerak tanpa off track.

image
Tahniah Muhammad sayang! 🙂

Maryam pula lebih gemar bermain anak patung.

image
Fah dan Ameena

Walaupun sepupu Maryam semua lelaki, alhamdulillah minat Maryam adalah bersifat girl.

Maryam ni mungkin sebab dah anak kedua, kami biasanya biarkan dia decide apa dia mahu.

Sebaiknya dalam setiap play, kita join sekali, tanya apa nama anak patung tu, tanya dia sedang buat apa, etc.

Bukan kita decide dia kena buat apa semasa his/her own play.

Bonding anak dan ibu bapa perlu dimulakan di usia kecil supaya bila anak dah mula meningkat usia sekolah dan remaja, anak akan cari kita terlebih dahulu bila dia ada masalah.

Insya-Allah boleh elakkan cabaran rakan sebaya yang negatif.

Ok, tu saja cerita buat masa ini 🙂

Jom perbaiki hubungan kita bersama anak-anak 🙂

Thanks for reading this entry! 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *