anakku sayang

Tips Ajar Anak Mengenal Warna

Kita boleh ajar pelbagai perkara kepada anak melalui penghayatan dalam hidup seharian.

Sebagai contoh, untuk ajar Muhammad mengenali warna, saya berkomunikasi dengan Muhammad semasa bermain.

Kereta Hot Wheels

Muhammad suka kereta Hot Wheels.

Asal keluar dan jumpa kereta, mesti nak beli.

Mungkin sebab naluri budak lelaki, sukakan kereta.

Masa bermain, saya akan ceritakan, ini kereta warna biru.

Ini kereta warna merah.

Dan saya akan minta dia ulang. Kemudian tunjuk warna biru versi lain, supaya dia jelas apa itu biru, merah.

tips kenalkan anak kepada warna
Salah satu koleksi Hot Wheels

Masa tukarkan baju adik, saya ceritakan juga, baju adik warna Pink, baju Muhammad warna biru.

Dan tak sangka, dia memang faham.

Macam mana saya tahu?

Masa di masjid, ada flyers warna pink, Muhammad ambil dan minta buatkan kapal terbang kertas.

Dia nyatakan kepada saya ‘Ni pink.’

Subhanallah Alhamdulillah!!

Anak cepat belajar

Jangan underestimate anak kita. Cerita je apa kita nak ajar.

Anak-anak menyerap ilmu dengan sangat pantas lebih-lebih lagi di usia muda.

Moga bermanfaat untuk semua 🙂

Khadeejah Hasmad

SMS /Whatsapp : 019-409 3457

Shaklee ID : 858755

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *