tips satu juzuk satu hari
Muhasabah

Tips Baca Quran Satu Juzuk Satu Hari

Saja nak berkongsi cara saya 🙂

Cerita Saya

Saya bermula amalan 1 juzuk 1 hari ni masa dalam proses cari bakal suami 😛

Masa kat universiti, kalau anda sertai kumpulan usrah, ada unit nama dia Unit Baitul Muslim.

Unit ni ala-ala match maker. Saya tak ‘bercouple’

Tapi saya ni banyak songeh sikit.

Mostly muslimin yang saya kenali di universiti saya, saya tak berkenan. Biasalah, anak perempuan kalau boleh nak lelaki yang ada personaliti macam bapak dia 😛

Jadi sementara akak comel dari unit tolong carikan di kampus luar, saya pun amalkan baca Quran 1 juzuk 1 hari.

tips satu juzuk satu hari
Bila kita cari cinta Allah, Allah akan temukan kita dengan orang yang juga sedang mencari cinta Dia

Saya percaya kalau saya cari Allah, pasti Allah akan temukan dengan jodoh terbaik.

Sesibuk mana pun saya masa tu, saya akan pulun habiskan sebelum jam 12 tengah malam.

Ada sekali tu, saya kena handle event MedTech (kelab Media & Teknologi), malam tu belakang stage, saya pulun habiskan >_<

Lantak apa orang nak kata, saya nak jodoh saya yang terbaik pilihan Allah, forever happy sampai akhirat. Ni bukan main-main tau.

Dan alhamdulillah, Allah temukan saya dengan suami sekarang.

Suami saya adalah suami idaman, tak terbayang dek akal suatu masa dulu ^_^

Ok takmau cerita panjang, kang ada yang muntah 😛

Back to topic.

Caranya:

Setiap kali habis solat fardhu, baca 4 muka surat Quran. Tak lama pun. Jika dah lancar bacaan, ia hanya mengambil masa dalam lebih kurang 10-15 minit.

Kalau sibuk sangat, ambil masa selepas solat Maghrib untuk habiskan sebelum Isyak.

Baca saja atau kena fahami ayat?

Sebaik-baiknya baca dengan terjemahan sekali supaya meresap di hati.

Tapi kalau takde masa nak baca terjemahan, jangan tinggalkan bacaan Quran.

Ayat-ayat Quran umpama air suci bersinar bercahaya.

Bila kita baca, umpama kita sedang cuci hati dan jiwa kita dengan cahaya.

Bayangkan periuk kat dapur yang kotor tu, kita tak cuci sebab malas. Bertambah kotor lah periuk tu, biar lama-lama boleh jadi berkulat, akhirnya patut kena buang je lah.

Macam tu juga hati kita. Setiap hari pasti kita akan ada berbuat dosa sebab kita bukan maksum macam nabi.

Jadi ayat Quran ini lah yang akan mencuci hati kita.

Pendinding dan Penerang Kubur

Dan saya percaya, ayat-ayat ini lah yang akan mendinding kita dari apa jua jenis bencana dunia.

Ayat-ayat Quran juga sebagai penerang kubur kita nanti. Mana tahu kejap lagi kita bertemu ajal, tak lah menyesal sangat kan nanti 😉

Ok ok panjang dah pulak.

Selamat ber ODOJ! 😀

[alert-success]ODOJ = One Day One Juz = Baca Quran satu juzuk satu hari [/alert-success]

Nak Order Shaklee atau Jadi Ahli Shaklee?

Hubungi saya Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 019 409 3457

Shaklee ID: 858755

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *