Berpantang

Tips Banyakkan Susu Semasa Berpantang

Tenang. Itu kunci utamanya.

Jika anda ibu berpantang dan mahukan susu yang banyak semasa dalam pantang, ikut tips ini.

1) Tenang

Lupakan soal bila susu nak keluar. Susu di hari pertama kelahiran adalah dalam bentuk kolostrum.

Ia pekat, warna kuning gelap dan langsung tak banyak.

Alhamdulillah untuk anak ketiga, suami jaga saya di hari-hari pertama pantang di rumah kami sendiri.

Langsung tiada rasa tekanan dari sesiapa untuk banyakkan susu.

Suami pun tak bertanya sebab suami faham konsep penyusuan di awal kelahiran.

Kalau baby menangis pun, kami akan uruskan sendiri tanpa ada campur tangan dari pihak lain.

Tenang dan lupakan tentang breastfeeding.

Dan mungkin itu sebabnya susu saya mula memancut warna putih seawal hari ketiga kelahiran baby.

2) Fahami baby, menangis bukan sekadar kerana lapar

Baby menangis bukan sekadar sebab lapar.

Baby ketiga kami, bila dia menangis walaupun dah di sua susu, ia adalah petanda dia nak sesuatu yang lain.

Alhamdulillah bila baby ini menangis dan kami bawa baby berjalan sekitar ruang tamu rumah, baby jadi lebih tenang.

Mungkin sebab dah terbiasa dengan suasana dalam perut ibu yang aktif berjalan, jadi dia nak juga merasa dibawa berjalan selepas lahir.

Kadang baby sekadar nak dengar degup jantung kita.

Jadi bila baby menangis, peluk baby dalam keadaan menegak agar dia dengar degup jantung kita.

Dalam perut ibu, setiap saat baby dengar degup jantung ibu nya, betul?

3) Banyakkan minum air dan susu

Untuk hasilkan susu yang banyak, selain faktor emosi yang tenang, ibu pun perlu banyakkan minum air.

Komposisi utama susu adalah cecair, betul?

Jangan risau, banyak minum air tak menyebabkan nifas lambat kering.

Alhamdulillah walaupun saya belum sampai seminggu bersalin dan sangat kerap minum air kosong, darah nifas saya semakin berkurangan hingga tak perlu pakai pad yang heavy.

Susu pula bantu ibu rasa bertenaga dan rasa kenyang.

Saya suka amalkan minuman coklat Van Houten dan minuman tenaga Mighty 3 GEM dari Shaklee.

Ibu yang bertenaga lebih terkawal emosinya berbanding ibu yang letih.

Bila emosi terkawal dan tenang, lebih mudah ibu nak hasilkan susu.

Moga entry ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin 🙂
Untuk dapatkan minuman tenaga Mighty 3 GEM, anda boleh hubungi saya di 019 477 3457

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *