Rahsia Bebas Kewangan – Tips 6 Tabung
Semua orang berpotensi besar untuk menikmati financial freedom atau bebas kewangan termasuk orang yang makan gaji.
Kalau nak tahu, ada yang mencapai taraf financial freedom semasa makan gaji, bahkan menjadi jutawan bukan sebab gaji sendiri, tapi di asbabkan dengan disiplin pengurusan kewangan.

Saya ingin kongsikan 6 tabung untuk membantu anda keluar dari kemelut kewangan bulanan, ia nya juga boleh digunakan untuk orang makan gaji.
Tips ini saya pelajari semasa program IMKK oleh Dr Azizan Osman.
Hint: Jutawan semasa makan gaji adalah dengan menggunakan ibu duit untuk beranakkan lebih banyak duit.
Baca lanjut di bawah π
Tabung FFA – Financial Freedom Account (10%)
Tabung ini sebagai reward kepada diri kita sendiri yang bekerja keras untuk mencari duit.
Tabung ini disarankan untuk letak dalam pelaburan seperti fixed deposit, hartanah atau saham.

Ada 2 pelaburan paling menguntungkan yang saya belajar masa tu : Hartanah dan saham.
Sebelum menceburkan diri dalam pelaburan, sangat bagus untuk kita belajar untuk mengelakkan kerugian.
Objektif pelaburan
Pelaburan juga mempunyai objektif yang lebih besar iaitu:
- Ibu duit beranakkan lebih banyak duit
Ibu duit disini adalah duit asal yang kita letakkan.
Harga hartanah akan meningkat seiring dengan tahun, bahkan beberapa bulan pun boleh naik, begitu juga dengan saham.
Itu maksudnya ibu duit beranakkan lebih banyak duit
- Duit bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk duit

Semua orang nak bebas kewangan, betul kan?
Jadi mula berdisiplin untuk simpan dalam tabung FFA.
Nota: Anda juga digalakkan untuk follow Facebook Pakar Hartanah untuk mendapatkan tips mengenai hartanah, setiap pagi setiap hari π
Tabung Charity (5%)
Tabung ini khas untuk zakat dan sedekah.
Nak up kan pun bagus.

Zakat dan sedekah sebagai salah satu cara untuk membersihkan harta.
Elak kebocoran poket
Kalau kita tak keluarkan zakat atau sedekah, ia boleh ‘membocorkan’ poket kita, maksudnya tiba-tiba kereta rosak, tiba-tiba anak sakit.
Itu semua sebab kita tak bagi hak orang kepada orang yang memerlukan, jadi Allah akan ‘bocorkan’ poket kita agar bahagian tersebut keluar juga
Jadi, lagi bagus lah bila kita sendiri zakat dan sedekah.
Usah risau, zakat dan sedekah dijamin menggandakan rezeki dalam arah tak tersangka-sangka.
Tabung Necessity (55%)
Tabung ini lah untuk kita gunakan segala perbelanjaan bulanan kita.
Contoh macam loan kereta, loan rumah, duit minyak, duit tol, duit makan minum, duit pampers anak dan semua lah.
Andai kata perbelanjaan lebih tinggi dari gaji kita, contohnya gaji RM 2,000Β tapi perbelanjaan bulanan adalah RM 3,000, 2 perkara yang kita perlu buat:
- Kurangkan kos hidup
Kalau kereta tu jenis makan minyak, tukar lah kereta kecil dulu.
Kalau biasa guna aircond sampai 5 biji di rumah, cuba tutup semua aircond dan guna kipas je untuk sejuk.
Sementara sahaja
- Tingkatkan pendapatan
Tingkatkan pendapatan sampingan melalui part time bisnes, seperti bisnes secara online dropship, iaitu bisnes tanpa perlu keluarkan langsung modal – seperti Shaklee π
[alert-success]Untuk mulakan bisnes Shaklee, SMS/WhatsApp saya 019 409 3457 (Khadeejah Hasmad)[/alert-success]
Tingkatkan pendapatan pasif seperti saham, hartanah dan lain-lain. Berguru dulu sebelum mencebur diri dalam bidang-bidang ini
Tabung Education (10%)
Education ni bukan education anak-anak kita, itu masuk sekali kat Necessity.
Education ini adalah untuk kita upgrade ilmu dan diri kita dan pasangan.
Manusia belajar dari bayi hingga ke liang lahad, begitu juga kita.
Semua ilmu Allah
Ada banyak ilmu yang kita perlu terokai tidak terhad kepada ilmu perniagaan sahaja, tapi juga ilmu psychology, ilmu pelaburan, ilmu keagamaan dan macam-macam lagi ilmu Allah.
Pelaburan yang paling bernilai adalah pelaburan meningkatkan diri dengan ilmu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud; Jika engkau ingin kan dunia, carilah dengan ilmu. Jika inginkan akhirat, carilah dengan ilmu.
Jika inginkan kedua-dua nya, cari lah dengan ilmu.
Kisah Abdurrahman b Auf
Orang yang berilmu ini, campak lah kemana-mana sekalipun, insya-Allah dengan izin Allah boleh hidup berjaya.
Sebagai contoh, sahabat Nabi bernama Abdurrahman b Auf meninggalkan semua hartanya di Mekah untuk hijrah ke Madinah.
Dia tiba di Madinah hanya sehelai sepinggang takde apa pun.
Tapi apa yang dia minta di Madinah hanyalah, “Tunjukkan aku di mana pasar.”
Dari tiada apa, tapi menggunakan ilmu perniagaan yang dia ada, dia berniaga dan berniaga hingga berjaya dan menjadi hartawan yang dermawan dan sentiasa infakkan kekayaan dia kepada Islam.
Itu penting nya ilmu.

Tabung Fun (10%)
Tabung ini khas untuk anak kita yang redha masanya di ambil oleh kita untuk bekerja.
Tabung ini untuk belikan mainan untuk mereka, atau bawa mereka ke zoo atau lokasi percutian yang lain.

Tabung ini juga boleh dijadikan tabung untuk melancong ke luar negara. Simpan sikit-sikit.
Tabung LTSs (10%)
Nama panjang bagi LTSs adalah Long Term Saving Spending.
Tabung ini untuk simpanan untuk beli barang yang kita jarang beli seperti set meja makan atau set bilik tidur anak yang baru.
Ok cukup dah 6 tabung.
Untuk penjelasan yang lebih lanjut, anda juga boleh ke program IMKK untuk dengar live dari Dr Azizan Osman sendiri
Nak mulakan memang payah, ia perlukan disiplin.
Tapi after all, nak jadi senang memang tak senang, kan? π
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua π
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID: 858755
tips yang best. thx for sharing. dah salin utk rujukan π
suka dgn tips yang diberikan. insyaAllah akan cuba apply. terima kasih.
Tq Deeja π
Thanks for sharing..saya pun sedang usaha ke arah financial freedom. Nak apply tips best ni. Insya Allah.
Info yang sangat berguna.Saya sudah cuba.Harap dapat istiqamah.
Thanks for sharing. dah lama cari kategori tabung. Selama ni duk pakai satu je.. hihi
wah, best tips ni…alhamdulillah saya dah mulakan part time work saya….seronok bila dapat bantu org dan tgktkan pendapatan sendiri at the same time…
Masa pun terisi, dengan benda yang lebih berfaedah….thnks again for info π
Tips yang awesome ni. kena cuba praktikkan. tq sharing info ya sis.
Nice n practical sharing. Tq deeja π
Terima kasih berkongsi tips..:-)
wahhh..sangat bermanfaat sekali ilmu yang dikongsi..
kena istiqamah menguruskan tabungan
nice sharing..insyaallah akan terus praktikkan…
Good Sharing. Thanx.
Tips yang bagus.Saya salin ni..tau.Hehehe
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. Sudah 2-3 hari saya tercari2 nota ni. Masa IMKK yang lepas saya terlepas bahagian 6 tabung ni. terima kasih sekali lg. ANDA KAYA DAN BERJAYA!!!
Sgt2 bermanfaat. Thnx for sharing info ttg menabung.
6 tabung ni sebagai guideline untuk uruskan kewangan kita.
Moga konsisten amalkan tips ni setiap bulan.