Muhasabah

Tips Berfikir Positif

Otak kita ada gelombang magnet. Setiap perkara pun ada gelombang tersendiri.

Kita ada pilihan untuk set kan magnet otak kita sama ada nak jadi positif, atau negatif.

Caranya adalah dengan mengawal fikiran kita.

image
Apa yang kita baca, lihat, rasa, fikir, more of the same thing will come kepada kita

Perasan tak, kadang-kadang dalam kepala kita ada terdetik fikiran atau sangkaan. Sebenarnya dalam sehari, ada lebih kurang 20,000-50,000 detik fikiran dalam kepala kita.

Benda yang kita terdetik atau fikir tu yang kita kena kawal. Kita kena jadikan setiap detik hati dan setiap fikiran kita adalah positif.

Contoh

Contoh tengok anak mengamuk.

Kita boleh pilih untuk terdetik cakap, Alhamdulillah dapat percuma pahala sabar hari ini.

Atau kita boleh pilih mengeluh dalam hati.

So kalau terasa nak terfikir, berhenti sekejap, dan ajar diri untuk positif.

Cuba praktis 🙂

Hati kita akan lebih tenang bila sentiasa berfikiran positif. Bila hati tenang dan bahagia, lebih mudah perkara positif lain akan masuk.

Segelas air kosong

Fikiran positif umpama segelas air kosong dalam gelas. Fikiran negatif pula umpama air kopi pekat.

image

Bayangkan kita tuang sikit air kopi dalam segelas air kosong, air tu pasti akan jadi keruh, kan?

Mesti dah tak jernih.

Nak jernihkan semula, kena tuang banyak air kosong lain supaya air kopi tadi betul-betul hilang.

Bila kita berfikir negatif, memang susah nak kembali ke fikiran positif. Jadi jangan sesekali bazirkan fikiran kita untuk fikiran negatif

Jom kita mulakan habit positive thinking 🙂 Praktis selama 40 hari, dan lihat perubahan dalam hidup kita.

Kawal diri, kawal fikiran, hidup kita adalah pilihan kita 🙂

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID :  858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *