Tips Bila Anak Nak Menyusu Sebelah Sahaja

Kadang-kadang baby ni tiba-tiba nak menyusu sebelah je. Takde angin, takde ribut, dia reject sebelah yang lain.

Puas kita pujuk macam-macam gaya, baby tetap takmo terima.

Kenapa boleh jadi gitu?

Boleh jadi sebab miss B yang dia reject tu flow susu terlalu laju menyebabkan dia tersedak bila nak menyusu.

Atau boleh jadi jugak rasa lain.

Ada jugak orang cakap, maybe sebab kita suka dukung sebelah je. Kalau baby suka belah kanan, mungkin sebab kita suka dukung dia sebelah kanan je.

Tak tahu la pulak apa kaitan 😛

Macam mana nak buat?

Sorang LC (lactation consultant) suggest buat camni:

Kalau baby biasa menyusu belah kanan, cuba offer dia belah kiri, tapi in position belah kanan.

Hmm, macam mana ya nak terangkan.

Contoh baby suka kanan, tak suka kiri.

Kalau kita biasa cradle hold baby untuk menyusu belah kanan, untuk bagi belah kiri, kita cuba cross-cradle hold, atau football hold, so baby tak rasa semacam sangat.

Maksudnya posisi kepala baby masih berada di kanan kita

image

Tergeliat sikit lah badan kita. Tapi Insya-Allah tak lama nanti baby dah boleh terima belah yang dia reject tu.

Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua 🙂

admin-ajax.php

One Response

  1. Kelly Mokhtar 23 August 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares