Tips Bisnes : Bisnes Jalan Walaupun Saya Sibuk Umrah Ziarah

💝 Macam Mana Bisnes Online Saya Berjalan Sepanjang Umrah Ziarah Kami, Tanpa Saya Pegang Handphone?

Sekadar nak berkongsi secebis pengalaman saya buat kawan-kawan yang baru nak menapak dalam bisnes.

Alhamdulillah syukur bisnes supplement Shaklee saya berjalan seperti biasa walaupun saya sibuk sepanjang 2 minggu lepas, sibuk nak menghayati pengalaman baru di 2 Tanah Haram.

Walaupun hal bisnes saya sentuh almost 1% sahaja semasa di sana, tapi syukur Alhamdulillah jumlah jualan bulan yang pendek ini melebihi bulan sebelum ini.

Bukan bab berdoa di Masjid tu yang saya nak tekankan.

Kita manusia kena usaha sehabis mampu.

Antara usaha yang saya lakukan adalah buat perancangan rapi sebelum flight touch down di Airport Madinah lagi.

🧣Pertama, saya ada team iaitu PA (Personal Assistant)

Saya mengikut saranan Robert Kiyosaki untuk berlatih menjadi business owner. Jadi saya sedang cuba-cuba untuk bina team.

PA saya ini memang terlatih bab consult prospek dan customer sedia ada. Bukannya jadi PA terus pandai.

Terlatih maksudnya beberapa lama sebelum saya berlepas, memang apa sahaja masalah yang dia stuck bila reply prospek, terus dia tanya saya.

Apa-apa sahaja persoalan prospek yang tiada dalam buku Guideline yang saya sediakan, terus dia Whatsapp.

Kami juga ada keep track record prospek yang belum membeli dan customers yang pernah membeli.

Kami track closing rate, produk apa yang selalu dapat pertanyaan, dan produk apa yang selalu berjaya close.

Selain daripada itu, kami juga keep track siapa yang biasa repeat order.

Kira memang data sentiasa Live.

Kira memang saya senang hati jika nak percaya pada PA saya ini tanpa perlu tanya update sangat. Syukur Alhamdulillah.

P.s : Nanti ada yang tertanya kenapa tak ajak dia jadi ahli Shaklee. Saya dah banyak kali ajak, tapi dia tak mahu.

Bagi saya sebuah rahmat juga sebab saya memang perlukan pembantu.

🧣Kedua, automated marketing yang berterusan

Dalam bisnes, marketing adalah nadi. Sangat sangat penting.

Bisnes yang dah terkenal berpuluh tahun macam Pepsi, McD, Honda pun; mereka masih rajin buat marketing macam-macam cara.

Jadi saya yang belum di tahap mereka, mesti lah lebih rajin.

Oleh kerana saya identify bahawa kekuatan saya di blog, jadi saya usahakan blog.

Sebelum touch down di Madinah, saya draft beberapa post untuk di publish kan di blog bisnes. Saya draft semasa anak-anak tidur di dalam flight.

Ada beberapa post saya memang dah schedulekan beberapa hari sebelum berlepas. Yang drafted, saya schedulekan sekejap di Tanah Haram.

Bila dah draft, kita tinggal nak copy dan paste sahaja ke dalam blog.

Video-video berkaitan produk pun, saya edit semasa dalam flight.

Jadi perjalanan Umrah Ziarah saya memang sepenuhnya untuk penghayatan sirah Rasulullah s.a.w ❤️❤️❤️

Alhamdulillah post-post saya yang di schedule dah pun dapat view dari Google, maksudnya dah mula dapat pembaca dari laman Google.

Tak semestinya bila berbisnes, masa cuti kita kena hadap handphone.

Tak wajib bila berbisnes, masa percutian kita kena entertain prospek atau customer.

Tapi tak salah pun kalau semua kita nak buat sendiri. Atas preference masing-masing 😃

Gambar di bawah saya tunjukkan screenshot macam mana nak jadualkan post keluar pada tarikh apa.

Kawan-kawan mesti ada pengalaman juga kan. Macam mana planning kawan-kawan untuk bisnes kalau nak bercuti panjang?

Jom kongsikan di bahagian comment.

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID saya : 858755

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares