Uncategorized

Tips Bisnes Shaklee : Belajar Gilap Kelebihan Dari Keukenhof Garden, Netherlands

Fully Utilize Kelebihan Kita

Lautan Bunga Tulip memang cantik, Subhanallah.

Tapi beyond that, apa yang membuatkan pelancong nak ulang kembali ke Taman Keukenhof ini adalah susun atur bunga tulip yang brilliant!

Setiap tahun design susun atur 7 juta benih bunga tulip akan di ubah. Segala pokok yang beratus tahun usianya dan bunga-bunga akan di susun agar menampakkan posisi yang paling cantik.

Bukan campak gitu saja atas tanah. Kena study tau design yang terbaik.

Taman-taman dalam Taman Keukenhof ini pun dipelbagaikan.

Itu yang boleh spend masa di sini sehari penuh sebab teruja nak explore lebih banyak design.

Taman Bunga Keukenhof ini bukan semata-mata menunjukkan bunga tulip ada pelbagai warna, tetapi ada lesson learnt yang lebih bermakna.

Iaitu : Apa yang ada pada tangan kita, macam mana kita olah dan gubah supaya ia menghasilkan sesuatu yang wow.

Allah kurniakan kepada majoriti manusia sempurna segala sifat; ada kaki ada tangan ada mata ada otak ada mulut dan sebagainya.

Secara asasnya semua orang ada anggota badan dan akal fikiran yang sama bagus. Kerja kita untuk gilap potensi diri sendiri sampai boleh beri manfaat dan capai impian ?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *