Tips Bisnes Shaklee : Bila Di Uji, Sentiasa Ingat Ada Orang Lebih Teruk Ujiannya

Ada Orang Lain Lebih Susah

Tiap kali saya rasa saya yang paling susah, Allah akan softly tunjuk pada saya yang sebenarnya ada orang lebih hebat di uji.

Contohnya minggu lepas ketiga-tiga anak-anak saya sedang recovery phase dari influenza A. Jadi badan masih dedar.

Kebetulan suami terpaksa outstation.

Yang lebih mencabar bila seorang demi seorang muntah. Macam pass baton ? Muntah pula selambak banyak. Muntah memang a big mess.

Tapi syukur masa kejadian ada adik bongsu saya tolong uruskan sekali.

Saya rasa letih. Bila nak habis ni. Saya dah lah ada projek Roket Blog of which walaupun saya mentor, saya pun kena buat task yang sama at the same due date.

Tiba-tiba saya dapat tahu ada kawan saya anak dia lagi dahsyat, muntah sampai 7 kali sehari, siap muntah dalam kereta.

Haaa, macam mana nak basuh tu.

To make things more challenging, saya dapat tahu dia sendirian perlu uruskan di samping kena urus anak yang lain. Tanpa pembantu atau ahli keluarga lain.

Haaa? Terkejut saya. Insaf pun ada sebab terfikir aku baru sikit dah mengeluh. Orang lain lebih hebat di uji.

Bila tahu saja ada orang lain lebih hebat di uji, automatik saya rasa alah takat aku di uji ni takde apa sangat.

Come on! Buat je kerja macam biasa. Buat je macam takde apa-apa.

And it works.

Saya kumpul semangat sendiri dan push my challenges. Dan siap lah kerja-kerja as per-to-do-list.

Alhamdulillah.

Bila kita di titik yang kita rasa paling bawah, sebenarnya ada yang Allah uji lebih payah. Anggap saja umpama batu kerikil kecil yang di letak di tengah jalan. Kuis saja.

#deejainspiration

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares