Tips Bisnes Shaklee : Jaga Persekitaran Kita

Pilih Environment Kita

Masa di Lauterbrunnen, Switzerland; ada masanya kami terlepas bas, jadi perlu jalan kaki dalam 10-15 minit ke train station.

Bunyi macam dekat tapi kena naik bukit. Antara semua, saya yang selalu tertinggal di belakang walaupun bukan saya yang tolak stroller berat tu.

Mak pak saya pun jalan laju ?

Tengah mengah ambil nafas, tiba-tiba depan kat selekoh ada a couple of Korean Girls jalan pintas saya.

Diorang ni jalan laju walaupun kasut nampak macam jenis platform iaitu tinggi, kalau saya pakai memang tak selesa, mau nya terpeleot.

Bila diorang jalan laju depan saya, tiba-tiba saya ter-bersemangat nak lawan rasa tercungap-cungap.

Tiba-tiba hilang rasa letih dan cepat mengah.

Ish takkan lah saya yang pakai kasut flat ni kalah dengan orang yang pakai kasut ala-ala high heel naik bukit ??

Tapi diorang tetap lebih laju ? Lesson learnt untuk work out bila balik rumah.

Tapi apa yang saya belajar di sini adalah environment kita membentuk identiti kita, suka atau tidak it happens that way.

Sebab itu pernah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda lebih kurang, bukan exact ya “Kalau nak jadi wangi, kawan lah dengan penjual minyak wangi.”

Pilih kita nak bergaul dengan siapa berkawan dengan siapa, hatta di Facebook sekalipun, pilih jenis kawan yang kita nak ‘See First’ atau ‘Set Default’ atau ‘Hide’ saja.

Dalam kes di Lauterbrunnen ini, saya pilih those Korean Girls sebagai benchmark & temporary environment untuk push diri saya lawan rasa tercungap-cungap; sebab diorang jalan laju walaupun diorang pakai kasut yang bagi saya tak selesa.

Bukan lah bermakna circle yang kurang memberangsangkan ditinggalkan, cuma untuk membina jati diri yang kuat dah sedar diri cepat lemau; elok lah kelilingi diri dengan circle yang hebat, tinggi motivasi dan lebih kuat semangat.

Apa pun motivasi sebenar ada dalam diri kita. Kita kena mahu dahulu, insya-Allah the rest will come.

#deejainspiration
#deejatravelstories

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares