Tips Bisnes Shaklee : Kenapa Melancong Wajib Untuk Peniaga

Dulu-dulu masa saya kerja di KLCC, kadang tu kerja terlalu banyak hingga terpaksa beli makanan lunch awal untuk lunch nanti sambil buat kerja ?

Dan sambil saya tapau makanan, selalu lah ternampak ramai mat saleh berjalan-jalan di Suria KLCC.

Dalam hati terdetik, eh diorang ni tak kerja ke. Seronoknya kalau dapat jadi macam diorang boleh berjalan-jalan di hari minggu.

Impian itu saya peramkan saja sebab rasa macam alah macam mustahil.

Fast forward, selepas 7 tahun dari kejadian, setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, eh tak sangka kini, Alhamdulillah kami dah boleh jalan-jalan kat shopping mall pada hari minggu. Allahuakbar.

Bukan itu saja, Alhamdulillah Allah turut izinkan kami untuk melancong ke luar negara pada waktu hari minggu atau minggu bukan cuti awam.

Nak melancong ini bukan mudah sebenarnya.

Pertama sekali yang kami perlu ubah adalah mindset. Kalau fikir mustahil, memang mustahil lah yang akan jadi. Jadi pertama sekali kena redah sahaja. Pecahkan tembok ‘aku rasa susah’

Kedua, melancong ini perlukan perancangan kewangan yang rapi.

Melancong gaya kami perlukan banyak duit. Tapi tak mahu lah balik Malaysia nanti makan pasir pula kan ?

Jadi selain portion untuk monthly commitment dan vacation, portion-portion lain pun mesti di-ada kan.

Melancong bagi kami bukan sekadar cuci mata.

Lagi banyak kami berjalan, makin sedar diri lah kami bahawa Allah Maha Besar, bahawa tiada masalah yang lebih besar dari Allah, bahawa setiap cabaran ada solusi.

Dan melancong juga membantu kami untuk recharge dan jana lebih banyak idea.

Gambar ini adalah di Lake Brienz, Switzerland.

Switzerland, tak pernah terlintas di fikiran yang kami akan jejak kaki di sini. Apatah lagi sambil belanja mak apak bersama.

Subhanallah. Allah Maha Hebat!

P.s : Kalau berminat nak cuba-cuba kumpul duit untuk melancong, boleh cuba bisnes yang macam saya sedang buat, bisnes Shaklee.

Jemput klik https://diaryofmuhammad.com/akademi-roket-blog/

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares