Tips Bisnes Shaklee : Latihan Untuk Jadi Produktif

TIPS PRODUKTIF ESOK HARI

Sebelum tidur, lihat semula target hari ini. Adakah tercapai, atau tidak.

Jika belum tercapai, catat sebab agaknya kenapa tidak tercapai. Apa nak buat untuk perbaiki esok hari.

Senaraikan aktiviti dari celik mata hingga tutup mata.

Allah beri kita akal agar kita boleh buat pilihan untuk design hidup kita.

Adakah kita mahukan kehidupan yang senang atau susah? Adakah kita mahukan hari yang produktif atau hanya penuh gosip? Adakah kita mahukan hidup bahagia atau sebaliknya?

Semuanya di tangan kita. Apa sahaja yang kita pilih untuk buat, ia akan beri impak besar kepada sama ada target yang kita letakkan itu tercapai atau sipi-sipi atau jauh dari sasaran.

Apa perancangan anda untuk esok?

#deejabusinessstory

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares