Uncategorized

Tips Bisnes Shaklee : Mindset Asas Bisnes Berkembang

Kalau bisnes kita biasa buat RM 300 sebulan, buat lah macam mana pun, tambah lah teknik jurus ilmu wow segala jenis pun, bisnes tetap akan berlegar antara RM 300-RM 500

Tak naik-naik.

Jadi apa kena buat?

KENALI MINDSET DIRI KITA

Adakah :

1/ Masa kecil dulu kita terngiang-ngiang kata-kata orang kaya itu jahat?

2/ Atau secara tanpa sedar kita rasa bila berjaya buat 4-angka, kita takut kita lupa diri

3/ Atau, kita take personal kata-kata orang terdekat yang cakap ‘Bisnes kau tak boleh pergi jauh’

4/ Atau, kita rasa mustahil nak pergi lebih dari RM 300-RM 500 sebab tak pernah dapat

Etc

Semua di atas merupakan penghalang untuk kita pecahkan rekod diri sendiri.

APA KENA BUAT?

(1) Berlatih untuk jadi katak pekak.

Pekakkan telinga dari kata-kata negatif. Nanti dah immune, kot boleh dengar, dengar lah.

Cari circle yang positif, yang saling membina.

(2) Berlatih untuk menghargai diri sendiri

Bukan lah hargai diri sendiri semata-mata dengan belanja tudung mahal atau handbag mahal.

Tetapi amatlah bermakna apabila kita hargai diri sendiri dengan cara do our best dalam setiap kerja kita, bukan cincai-cincai.

Kalau kita nak present project depan bos di ofis mesti nak present the best, kan?

Jadi bisnes kita adalah kita nak present to the person who is far more important than anyone else, iaitu diri kita sebab ia berkaitan masa depan kira dan keluarga, of course must do the bestest.

#deejainspiration

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *