Tips Bisnes Shaklee : Pengurusan Kewangan

Pengurusan Duit Untung /Duit Bonus Dalam Bisnes

Walaupun bisnes kebanyakan kita adalah tanpa modal, duit masuk tetap kena pandai urus. Kalau tidak di urus, rasa penat je nanti.

Kadang tu memang biasa ada yang rasa bisnes aku ni macam tak untung je. Duit masuk banyak, tapi tak tahu hilang di mana.

Mari saya berikan contoh salah satu bisnes dropship tanpa modal, iaitu bisnes Shaklee. Sebab saya sendiri memang buat Shaklee.

Antara kos-kos kena ambil kira :

– Kos pos barang dari Shaklee kepada kita. Ini terutamanya yang memilih untuk COD. Kena ambil kira kos ini.
– Kos minyak kereta, tol dan masa (jika pilih COD)
– Kos pemasaran contohnya seperti print flyers (ya walaupun buat sendiri, kertas tu kita beli guna duit, betul kan?)
– Kos pemasaran contohnya seperti sample produk (bagi yang buat. Ini pun duit)
– Kos elektrik, bil air (kalau yang full time/part time di rumah)
– Bil internet, bil hp, etc

Semua kos di atas memang tak perasan, kadangkala kita ambil mudah dan absorb sahaja guna duit gaji/duit gaji suami.

Tapi lama kelamaan rasa sakit. Bisnes macam masyuk, tapi diri sendiri masih di takuk lama. Impian tetap belum tercapai.

Kalau betul mahukan bebas kewangan, mula catat satu persatu kos-kos di atas.

Bila mana masuk duit jualan atau dapat untung runcit, atau masuk bonus Shaklee, pastikan kos-kos di atas langsai terlebih dahulu.

Lebih bagus tetapkan (allocate) berapa jumlah (amount) untuk setiap kos di atas.

#deejafinance

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares