cara mulakan bisnes Shaklee
Business Tips

Tips Bisnes Shaklee : Tips Hati Emas

❤️ Soalnya Hati ❤️

Untuk berjaya dalam apa jua kita buat adalah sangat bersangkut paut dengan hati.

Sebab itu ramai orang yang kita tengok tak lah pandai sangat bab teknikal atau benda komplikated, tapi boleh capai satu persatu impian mereka.

cara mulakan bisnes Shaklee
Credit gambar : Pinterest

? Hati perlu bersih

Kalau ada marah atau benci atau dendam pada sesiapa; kita perlu bersihkan semua itu. Rasa susah. Tapi hati kita berharga. Buat semak je nak simpan segala perasaan negatif. Baik buang segala kekotoran agar rezeki mudah masuk.

Hati kita milik Allah. Jadi bila susah nak bersihkan hati, mohon sungguh-sungguh pada Allah untuk gantikan hati kita dengan hati yang lebih jernih dan lebih berganda baik.

Percayalah, Allah boleh ubah hati kita sekelip mata in indescribable way, jika kita betul-betul mahu ianya berubah. I’ve been there..

? Hati adalah magnet.

Kalau hati sentiasa bersangka positif, insya-Allah ia akan tarik banyak rezeki yang positif yang melekat pada kita yang tak bocor.

Tapi kalau negatif; rezeki susah nak masuk atau kalau masuk pun, ianya bocor semula.

Cara paling mudah untuk kuatkan magnet positif ini adalah dengan banyakkan baca buku yang positif dan beri inspirasi. Bergaul dengan kawan-kawan yang beri aura positif. Dengar podcast/music/lectures yang semuanya membantu kita jadi positif dan makin dekat dengan Allah.

Insya-Allah yang positif akan makin kuat.

? Hati perlukan makanan.

Macam badan kita perlu makan nasi,lauk, sayur, buah dan minum air setiap hari.

Kalau tidak, nanti kita akan jadi letih dan lemah dan langsung tak boleh buat kerja. Atau mungkin pengsan sebab tak cukup makan.

Begitu juga hati. Hati pun perlukan makanan. Makanan hati adalah zikir, istighfar dan kembali kepada Allah. Bila kita kembalikan hati kepada Allah, insya-Allah hati akan jadi lebih celik dan tajam berfikir untuk capai impian kita.

Tuan hati kita adalah Tuhan kita. Kuatkan hubungan ia dengan Tuannya. Jangan biarkan hati menjauh dari Tuannya, kelak ia akan hilang dan lost umpama layang-layang terputus talinya.

Deeja Hasmad

Join bisnes Shaklee bersama saya,  jom 🙂

019 477 3457

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *