Tips Blog Shaklee : Macam Mana Blog Jana Pendapatan

Macam mana kita boleh dapat jualan hanya dengan menulis di blog?

Apabila orang Google sesuatu untuk selesaikan masalah, Google akan paparkan blog/website kita.

Contoh tengok diri kita sendiri.

Kadang kita dah beli sotong. Tapi takde idea nak masak apa.

Kita biasanya akan Google ‘Resipi sotong’ atau ‘cara masak sotong sedap’, etc

Kalau orang jenis pemalu, memang segan nak tanya secara open di Facebook.

Begitu juga orang yang ada masalah contohnya masalah kulit berjerawat selepas pakai skincare xyz.

Mungkin dia akan cari di Google ‘Cara betulkan semula kulit jerawat sebab salah pakai skincare’

Atau mungkin juga dia akan Google ‘Produk hilangkan jerawat tanpa kesan sampingan’ etc.

Apa yang kita/prospek taip di kotak Google itu juga dikenali sebagai ‘Keyword’

#TipsAkademiRoketBlog

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares