Tips Blog Untuk Jual Shaklee : Cara Cari Pembaca Yang Targetted

CARI PEMBACA BLOG YANG TARGETED

Menulis entry di dalam blog, kalau nak jual produk, kita bukan sekadar tulis kemudian berhenti.

Selain daripada konsisten menulis, aktiviti seterusnya yang paling penting adalah cari pembaca yang targeted.

Maksud pembaca yabg targeted adalah yang betul-betul perlukan produk yang kita jual.

Contohnya saya tulis mengenai Set Penyusuan.

1. Saya senaraikan terlebih dahulu siapa yang saya target jadi pembeli.

Contoh : Ibu menyusu yang nak banyakkan susu

2. Saya tulis entry berkaitan.

3. Saya cari pembaca yang betul-betul perlukan produk tersebut. Antara 5 cara :

(i) Tajuk yang jelas pada Entry untuk menyatakan masalah yang saya nak tackle agar Google mudah naikkan entry saya

(ii) Berkunjung ke blog-blog yang mempunyai ribuan pembaca yang berbeza niche dengan saya – komen pada blog tersebut tetapi komen yang related pada artikel beliau, komen yang nampak bijak supaya tukang komen yang lain nak klik baca blog saya

(iii) Create Facebook Page yang namanya jelas tunjuk saya nak selesaikan masalah susu drop dan share di situ

(iv) Kongsikan pada email kenalan-kenalan yang ada

(v) Jika ada Instagram, kongsikan sekali di situ

Blog yang baru sangat memerlukan kerja keras. Insya-Allah bila ribuan orang yang targeted dah kenal blog kita, tak struggle sangat.

#deejablogmarketingtips

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares