Tips Perniagaan

Tips Blogwalking : Untuk Newbie Blog

Entry ni sebenarnya untuk anak cucu Shaklee saya yang memang tak pernah buat blog, dan Alhamdulillah terbuka hati juga nak berblog asbab Shaklee.

Nak explain dalam group kang panjang lebar, ramai lak boleh miss tu. Ai kongsi kat sini je la. Nanti ada sesapa lagi join Shaklee dengan saya, saya suruh je baca entry ni kang, plus points kita citer dalam group la deh.

Kenapa Blogwalking?

Umpama anda buka kedai jual barang, tapi tak promote atau tak bagitau kat orang yang kedai anda jual macam-macam, agaknya ada orang nak datang beli tak?

Lain lah kalau macam Suria KLCC, MidValley, itu dah femes.

cara blogwalking

Macam tu juga lah dengan blog.

Kalau kita buat blog, tapi tak pi jalan blog orang lain untuk berkawan, agak-agak blog kita akan dapat pelawat ke tidak?

Mesti lah tidak kan. Bukannya kena ketuk pintu rumah orang.

Silaturrahim adalah salah satu pintu rezeki.

So, jalin hubungan blog dengan blogger lain adalah salah satu punca rezeki.

Tips Blogwalking

Walaupun saya suka lepak di blog hartanah AE, tapi untuk blogwalking saya suka mulakan dari blog Denaihati sebab walaupun majoriti entry Denaihati adalah skema dan isu semasa, blog ini ada ramai sangat yang komen kat entry dia dalam sehari.

Plus, blog Denaihati adalah antara blog yang kuat di Malaysia.

Bila kita tanam link kita di blog Denaihati, secara tak langsung, blog kita pun akan tumpang kekuatan blog Denaihati, dalam dalam niche kita lah.

Tanam link?

Bila kita comment, secara tidak langsung kita akan tanam link kita.

[alert-warning]Jangan sesekali tulis link blog kita di kotak komen! Ia akan membuatkan tuan punya blog rasa macam nak spam je blog kita. [/alert-warning]

Bina hubungan yang baik dengan tuan punya blog.

Cuba lihat cara saya meninggalkan comment di blog Denaihati seperti gambar di bawah.

tips blogwalking
Letak link anda di kotak Website.

Kotak merah kedua itu adalah aplikasi Commentluv di blog Denaihati yang membolehkan update terbaru blog anda dipaparkan pada comment anda.

Tapi tak semua blog ada benda ni.

Rupa comment

Rupa comment saya setelah saya tekan butang ‘Post Comment’ adalah seperti berikut:

cara blogwalking
Bila klik Khadeejah Hasmad pada ruangan comment, anda akan terus masuk ke blog Diary of Muhammad

Nampak kan, tajuk entry di blog saya keluar pada kotak comment saya, jadi pelawat Denaihati yang lain tahu dan kalau tajuk tu menarik, mereka akan melawat blog saya pulak.

Blogwalking di blog lain

Daripada blog Denaihtai, kita akan jumpa lebih ramai kawan blogger melalui siapa yang comment di entry Denaihati.

Contoh seperti paparan di bawah, ada 4 kawan dah kita dapat. Sebenarnya banyak lagi, tapi ni saya bagi contoh je.

tips berblogwalking
Dapat kawan dari blog dari News Farras, Putributterfly, Fyda Noh dan Blogger Lelaki

Sebagai contoh, klik pada link Blogger Lelaki untuk blogwalking dan cari lebih ramai kawan blogger di ruangan comment.

[alert-success]Jangan lupa comment juga pada entry-entry Blogger Lelaki[/alert-success]

Walaupun namanya Blogger Lelaki, tapi entry-entry blog ini adalah general, bukan pasal lelaki sahaja.

cara tips blogwalking
Ada tambahan 6 blog untuk senarai blogwalking anda. Kan dah dapat 10 blog sehari.

Ulang proses di atas untuk kawan-kawan blog yang baru.

Rekodkan senarai blog

Rekod ini penting untuk kita datang semula ke blog yang kita pernah pergi untuk tujuan hubungan jangka panjang, bukan sekadar letak comment, pergi.

Lagipun kita nak cari follower kan.

Boleh rekodkan dalam blog kita terus, atau guna apa-apa medium seperti Microsoft Excel atau Words.

Rancang masa blogwalking

Adakala blogwalking boleh melalaikan kita. Ye lah dok baca sana sini. Rancang masa nak spend satu blog berapa minit?

Ok?

Kini blogwalking 20 entry sehari adalah lebih mudah, kan?

Berminat nak join Shaklee bersama saya?

Hubungi saya

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 477 3457 

Shaklee ID: 858755

Similar Posts

40 Comments

  1. dulu saya main-main je buat blogwalking ni.. buat bila sempat je.. tapi sebagai pengedar Shaklee yg memang bersungguh-sungguh nak bantu lebih ramai orang, kita kena ikut perubahan semasa kan.. tambah pula bila FB & Google dah ubah logarithm diorang.. so, memang kena up to date la orang bisnes onlinse macam kita kan.. 🙂

  2. Assalammualaikum.. Terima kasih kerana berkongsi tips ini. Ia sangat2 berguna untuk blogger2 baru seperti saya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.. Aamiin..

  3. I’m a newbie too since I’m looking for how to blogwalking. Hehehe.. Dah baca entry ni tapi still xtau jgk cmne nak buat. IQ rendah kot. Jmput2 la dtg ke blog aku.

  4. Berkunjung ke blog sahabat alias blogwalking berharap dapat kunjungan balik yang nota bene kata SEO cara mendapatkan untuk bog. kalau ada kesempatan mampir gan terima kasih

  5. Blogwalking memang sangat bermanfaat untuk membangun jaringan selain itu bisa menjadi sarana silaturahmi salam kenal gan 🙂 dari blogger newbie

  6. Thank you. Banyak ilmu dapat hari ni tentang blogwalking. Kadang risau juga nak blogwalking ni sebab takut orang cakap spammer.. Nak mula blogwalking la start hari ni.. maklum la newbie 🙂

  7. Zaman awal remaja dan baru kenal blog dulu memang sangat rajinnn blogwalking. Tp satu masa terhenti sbb nak fokus pd pengajian. Then terus lemau. Haha. Now baru bina sebuah lagi blog baharu. Moga bermanfaat buat saya dan pembaca. Syukran atas perkongsian kak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *