4 Mitos Penyusuan
Ada beberapa perkara yang boleh mencuakkan kita semasa menyusukan anak.
Kadang- kadang bila perkara- perkara ni terjadi, kita jadi panik, lebih- lebih lagi bila orang sekeliling pun cakap ‘its not normal.’
Tapi kawan- kawan, memang banyak cabaran nak menyusukan anak sampai 2 tahun ni, tapi insya-Allah, semuanya berbaloi- baloi 🙂

4 Perkara Yang Selalu Di Salah Anggap Semasa Penyusuan
Sebelum itu, jemput juga baca 5 Tips Asas Breastfeeding yang memang tak boleh tinggal untuk memastikan penyusuan ibu selama 2 tahun berjaya.
1. Susu sedikit masa baby baru lahir
Saya sendiri tak nampak pun susu masa baby Muhammad baru lahir.
Memang takda pancut- pancut susu lah. Seminggu begitu kalau tak salah. Normal je tu. Sebab masa baby baru lahir, perut baby ni besar kacang je. Jadi dia tak lah perlukan banyak susu pun.
Cenonet pun cukup dah. Just breastfeed the baby bila dia nak menyusu. Nanti as times goes by, mula lah susu memancut-mancut sampai naik bengkak & nak demam pulak kita ni
2. Kerap minta susu
Masa baby Muhammad dalam pantang, baby Muhammad tak sleep like a baby.
Asyik menyusuuuuu ajer. Boleh kata every 30 minutes kot, siang malam!
Kenapa normal?
Sebab susu ibu ni mudah hadam. Bila mudah sangat hadam, baby cepat jadi kenyang. Bila cepat kenyang, baby cepat lapar balik. Itu yang kerap minta susu. Bukan sebab susu tak cukup. Tapi susu formula memang susah nak dihadam oleh usus baby. Ambil masa berjam- jam. Jadi bila ambil masa, baby pun taklah kerap minta susu.
3. Tak poo poo 3 hari
Susu ibu ni mudah hadam & semulajadi. Semua khasiat diserap masuk dalam tubuh baby.
Unless 10 hari tak poo poo, baru boleh risau. Berbeza dengan susu formula yg tak semulajadi, susu formula banyak bahan kimia, jadi memang wajar kalau baby tu minum susu formula dan poo poo setiap hari.
Dia kena buang bahan2 kimia yang tak serasi dengan sistem usus dia yang baru develop tu
4. Berat anak tak ikut chart
Tahukah anda, chart berat tu ditentukan based on baby yang minum susu formula? Jadi kalau anak anda fully breastfeed dan berat anak bawah yellow line, jangan risau-risau. Janji anak sihat, aktif, semua adalah ok.
Ok cukup 4 point setakat ni.
Kalau anda ada kerisauan lain, jemput comment di bawah ya 🙂
One Comment