Tips Capai Impian : Kuasa Konsisten Dalam Usaha

Salah satu perkara penting saya belajar semasa Umrah kami adalah, kuasa KONSISTEN. Especially dalam usaha untuk capai impian kita.

Kita mungkin tahu 1,001 teknik dan tips terkini dalam bisnes. Tapi kalau buat sekejap-sekejap, agak mustahil nak nampak hasil.

Saya belajar semasa buat Sa’i, saya hayati pelajaran dari Hajar ibu kepada Nabi Ismail a.s; betapa beliau konsisten berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dalam keadaan mencabar.

Bukan dalam aircond.

Bukannya ada sesiapa manusia bagi kata-kata motivasi kat dia.

Beliau bersendirian di tambah dengan seorang bayi yang sedang kehausan.

Tak tahu lah apa outcome nya, betul kah ada air di sebalik sana. Tapi redah buat sahaja.

Konsistennya Hajar berulang-alik asbab nak usaha juga cari air, akhirnya Allah hadiahkan air Zam Zam yang mengalir sehingga ke hari ini.

Allah hadiahkan Zam Zam yang menghilangkan haus bukan sahaja Hajar dan Nabi Ismail a.s, bahkan jutaan manusia saban tahun selama beribu-ribu tahun.

Asbab tidak putus asa nya Hajar, seluruh manusia turut dapat manfaat.

Bukanlah usaha kita penentu hasil.

Tapi Allah nak tengok usaha kita, adakah kita betul-betul mahu, atau sekadar lafaz di bibir.

Usaha kita adalah salah satu hak kita yang mesti kita buat sebagai hamba. Mengenai hasil, itu hak Allah.

Saya nak kongsikan semula video bulan lepas mengenai kenapa orang bisnes perlu konsisten dalam usaha, boleh skip ke saat 0:46 😄😄

Klik

One Response

  1. nurul fatin adiana 6 March 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares