Travel Tips

Tips Dapatkan Tiket MAS Murah

Saya adalah peminat penerbangan MAS (Malaysian Airlines). Mungkin sebab sejak kecik mak apak kalau nak fly, bawa naik MAS. Company cover kan.

tips tiket MAS murah

MAS memang dikenali lebih premium berbanding penerbangan tempatan lain seperti AirAsia, Fireflyz dan Malindo.

3 Sebab Saya Suka MAS!

Saya sendiri pun dah berpengalaman dengan ketiga-tiga penerbangan murah di atas, yang diorang tak boleh lawan MAS:

  • Keramahan pramugari dan pramugara MAS. Bila saya naik dengan baby, siap-siap bagi saya selimut dan bantal walaupun tak minta. Dan saya pernah nampak depan mata betapa kasar pramugari penerbangan xxx bila uruskan penumpang yang tersalah ambil seat. Kalau MAS, tak buat camtu.
  • Dress code pramugari MAS boleh diterima oleh mata saya berbanding penerbangan lain. Tak terlalu menonjol atau seksi. Saya kena tolong jaga mata Muhammad sejak kecik supaya tak buat maksiat mata >_<
  • Keluasan tempat duduk yang lebih luas dan selesa. Walaupun saya ni kecil je, tapi saya suka tempat duduk yang selesa

Tips Dapatkan Tiket MAS Lebih Murah

Alhamdulillah bulan lepas kami ke Kota Bharu, Kelantan bersama MAS, sebab tambang pergi balik lebih murah berbanding memandu ke sana! Bayangkan!

Dan kami juga telah menempah tiket ke Kota Kinabalu sebab dapat murah juge ^_^

Tips nak dapatkan tiket MAS murah, senang je.

Like page MAS di FB, dan akan keluar iklan offer MAS di tepi belah kiri FB anda.

tiket MAS murah
Rupa iklan MAS di sidebar Facebook

Macam kerap jugak MAS buat offer. Hari tu September, sekarang sampai 3 Oktober!

Atau boleh juga ke website rasmi MAS. Tiket RM 120 pergi balik untuk lokasi terpilih. Kalau bernasib baik, anda boleh dapat lebih murah dari itu.

Book sekarang sebelum terlambat!

Berminat nak dapatkan supplement Shaklee?

Hubungi saya:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *