Event Sana Sini | Family

Tips Elak Lupa Lokasi Parking Kereta

Biasanya bila sampai shopping Complex, kita park, kemudian terus masuk mall, kan.

Nanti dah keluar mall, agak-agak senang nak cari parking kereta kita tadi?

Kalau parking kereta depan pintu lif, boleh tahan lagi.

Kalau park jauh dari pintu lif, ingat agak-agak aje la.

TIPS ELAK LUPA PARK KERETA KAT MANA
Lupa lah pulak park kat mana tadi

Pengalaman dulu..

Kami pernah terkena, ingat agak-agak park kat mana.

Bila time habis beli barang dan cari kereta, jenuh mencari.

Dengan letih dan anak meragam.

Sampai terpaksa masuk balik dan pergi ke tingkat yang lain sebab lupa.

Tips supaya tak lupa tempat parking

Ambil gambar parking kereta beserta nombor di dinding yang terdekat.

Biasanya dinding ni ada warna yang membezakan tingkat, ada abjad macam A B C, Ada yang gambar haiwan.

Semua ni penting.

Pastikan ambil gambar dinding berwarna beserta abjad atau gambar haiwan pada dinding tempat kita parking.

Dinding warna biru cair, Abjad Y3
Contoh: Dinding warna biru cair, Abjad Y3

Nanti dah habis shopping, kita hanya refer pada gambar tadi, insya-Allah senang cari parking.

Tips ingat jalan masuk supaya mudah keluar

Oh lagi satu, kalau nak ingat jalan masuk supaya senang nak keluar semula, masa masuk dalam mall tu berborak lah dengan pasangan tentang kedai yang kita nampak.

Contoh nampak kedai roti, borak lah tentang bau roti tu.

Nanti bila nak balik, kalau lupa jalan masuk tadi, kita akan teringat semula apa yang kita borak kan dengan pasangan kita tadi.

Saya harap tips ini berguna untuk anda yang kerap terlupa parking kat mana, nak keluar dari shopping complex ikut jalan mana especially bangunan yang besar dan banyak wing seperti North, South, West dan East.

Supplement penguat daya memori

Anda juga boleh amalkan Lecithin Shaklee untuk menguatkan daya memori.

Kanak-kanak pun boleh makan terutamanya untuk belajar hafal sifir dan hafal fakta dari buku Sejarah atau Biologi.

tips kuat daya ingatan
Lecithin penguat daya memori

Cara order Lecithin Shaklee

Harga Lecithin hanya RM 52.75 untuk 180 biji.

Untuk order, anda boleh hubungi saya di:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 019 409 3457

Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *