Tips Hentikan Susu Yang Memancut
Alhamdulillah saya dikurniakan Allah susu yang memancut-mancut, selepas let down reflex, susu tu jadi macam air pancut kecil kalau anak lepaskan.
Biasa bila anak saya nak mula menyusu, dia akan datang dan mula breastfeed. Normally saya akan nampak ketul-ketul susu pada salur susu, memang boleh nampak susu sedang nak keluar.
Kemudian susu akan terpancut keluar macam paip bocor.
Masa susu terpancut keluar ni, biasanya anak saya akan take a break, walhal patutnya dia menyusu lah kan. Mungkin kerana flow terlalu kuat, dia tak larat nak tadah semua.
Kalau ini berlaku, saya akan hentikan pancutan dan pengaliran susu dengan cara kepit bahagian miss n, macam pegang chopstick.
Tangan kita adalah chopstick
Saya pelajari kaedah ini dari jiran saya, Alhamdulillah sangat berkesan.
Tak lah membazir susu, kan.
Lepas ketul-ketul susu tu nampak reda, flow dah ok semula, baru anak saya akan sambung semula penyusuan
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda 🙂
Untuk lebih banyak tips breastfeeding, jemput klik koleksi Breastfeeding Tips ^_^
Yeah, boleh apply.. Memang susu suka memancut2. So far tekup balik dengan breast pad ja.. Habis pipi kena susu. Kena cepat2 lap untuk elak ruam susu.