Berpantang

Tips Hilangkan Sakit Pinggang Semasa Berpantang

Rasa nak patah pinggang lepas bersalin, itu adalah normal.

Ini adalah disebabkan tubuh kita yang mengembang semasa mengandung, sedang nak mengecut semula ke saiz asal.

Hari-hari pertama selepas bersalin, saya tak berurut.

Jadi, kena cari cara lah nak hilangkan sakit pinggang yang bukan calang-calang ini.

Antara yang berkesan buat saya:

1) Elakkan duduk atas permukaan rendah.

Masa mak saya datang melawat, mak nampak saya duduk atas tilam yang diletakkan atas lantai, bukan atas katil.

Mak kata, kalau atas lantai, pinggang kita cepat sakit sebab kena bongkok turunkan badan untuk baring, dan nak naik berdiri pun payah.

Jadinya, kalau nak rehat, rehat atas katil betul.

2) Berbaring sambil letak bantal keras di bahagian pinggang

Kebetulan alhamdulillah kami belikan bean pillow untuk baby. Bean pillow ni bukan bantal biasa, dia ada bean dalam tu, lebih berat dari bantal biasa.

Bila baby tak menggunakan bean pillow ni, saya baring sambil letak bean pillow yang kecil ini di bahagian pinggang yang sakit.

Alhamdulillah berkurang sakit pinggang.

Kalau letak bantal biasa pun boleh, cuma untuk saya, ia kurang berkesan sebab bantal biasa, ianya lembut, ia tidak menggerutu seperti bean pillow.

3) Ostematrix

Ostematrix adalah sejenis supplement kalsium dari Shaklee.

Bila tulang kita mula nak bergerak mengecut ke posisi sebelum mengandung, kalau tak cukup kalsium, kita akan mudah rasa sakit.

Jadi, saya ambil Ostematrix untuk pastikan tubuh saya cukup kalsium sekaligus menghilangkan kemungkinan sakit pinggang macam nak patah pinggang.

Anda pula, bagaimana?  🙂

Kalau nak dapatkan Ostematrix, anda boleh hubungi saya di 019 477 3457.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *