Tips Kesuburan – 5 Perkara Yang Perlu Di Elak!
5 Perkara Mesti Pantang Supaya Lebih Subur
1. Minuman berkafein
Minuman berkafein menyempitkan salur darah. Tahukah anda, bila sperma dan telur bersenyawa, zigot akan terbentuk.
Zigot yang terbentuk ni, akan bergerak ke arah rahim. Bila sampai dalam rahim, dia akan mula menempel kat tempat yang paling nutritious.
Tapi jika salur darah kita sempit, tiada darah yang cukup untuk menampung penempelan zigot, maka walaupun zigot terbentuk, ia tak dapat menempel, dan akhirnya terkorban jadi darah haid
2. Handphone atau gadget dalam poket seluar
Handphone atau gadget elektronik mempunyai radiasi yang merbahaya untuk penghasilan sperma.
Bila barang elektronik ni lama sangat dalam poket seluar, radiasi tu akan effect penghasilan sperma. Maka banyak sperma akan mati dan tak banyak yang dapat dihasilkan
3. Kerap mandi air panas
Ever wonder tak kenapa testis lelaki berada di luar tubuh?
Ia adalah kerana sperma hanya boleh dihasilkan dalam suhu yang sejuk, maksudnya di bawah suhu badan.
Kalau sesiapa yang ada baby boy, dapat rasa beza suhu badan suam sikit berbanding suhu kat bahagian bird dia. Bila lelaki kerap mandi air panas, secara tak langsung ia akan mengurangkan penghasilan sperma yang berkualiti disebabkan oleh suhu tinggi oleh air panas tu
4. Stress
Bila stress, hormon tak seimbang. Bagaimana ia berlaku?
Ada satu part kat otak, kerja dia adalah bagi isyarat kat tubuh untuk hasilkan hormon- hormon kesuburan. Hormon- hormon ini berfungsi untuk menghasilkan sperma dalam tubuh lelaki & berfungsi untuk membantu menstruasi dalam tubuh wanita.
Tapi bila kita stress, bahagian otak ni akan mengeluarkan sejenis protein yang menghalang penghasilan hormon- hormon kesuburan ni.
Orang perempuan mudah nampak petanda stress ni berbanding orang lelaki. Contohnya masa zaman belajar, waktu dekat- dekat exam tu lah period mula tak menentu.
Stress juga menyebabkan kontraksi rahim dalam tubuh wanita. Kontraksi ni maksudnya rahim tu semacam compressed gitu. Bila rahim compressed, ia menyebabkan kehamilan susah berlaku.
5. Suasana tempat kerja
Suasana kerja yang melibatkan kita selalu handle chemical substance turut boleh mempengaruhi tahap kesuburan kita dan pasangan.
Kadang- kadang orang yang kerja kat plant susah sikit nak subur berbanding orang yang kerja kat ofis sebab suasana persekitaran yang terdedah kepada bahan kimia.
Bahan kimia boleh menyebabkan banyak radikal bebas masuk ke dalam tubuh.
Ia boleh mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti dan turut mengganggu penghasilan telur yang berkualiti.
Bukan lah nak kata tukar kerja. Tapi insya-Allah, kita boleh ambil tindakan way forward untuk atasi cabaran ini 🙂
Sumber:
Buku What to Expect Before You’re Expecting
Conceive Online