Tips Kewangan : Cara Kami Settle Kan Kad Kredit
Semalam merupakan salah satu hari bersejarah buat keluarga kecil kami. Sebab alhamdulillah akhirnya kami berjaya potong kad kredit!
Its an achievement ok ๐

Sebab apa nak potong kad ย kredit?
Alah bukan apa sangat, tapi sebab utama adalah untuk pastikan kami dah tak mengamalkan hutang semasa membeli barang yang kemudiannya menyerabutkan kepala sebab nak kena fikir untuk bayar hutang tu.
Kalau bayar on the spot, kan senang. Setel dan dan tu jugak.
Lagipun cantik tau CCRIS kalau takde kad kredit, eh, betul kan?
CCRIS ni salah satu cara bank nak bagi markah kepada kita bila kita apply loan untuk beli rumah. Hihihi.
Alternatif kepada kad kredit
Alternatif kepada kad kredit adalah kad debit ^_^
Just pastikan dalam kad debit tu sentiasa cukup untuk bayar macam-macam. Sebab itu kena kerja extra keras dan extra smart ๐
Jadi, sebelum potong kad kredit, kira siap-siap berapa komitmen utama bulanan. Macam kereta, rumah, etc. Tengok cash flow kita macam mana dan improve cash flow.
Tips kami setelkan hutangย kad kredit
Mudah je. Mula-mula hubby set target by October 2014 kena selesaikan semua hutang kad kredit. Banyak ya. Bukan seribu dua je >_<
Masa tu fikir, macam impossible, bulan-bulan tak dapat ni nak settle semua hutang, tapi takpe. Target tetap kena set, kan?
Lepas tu kami mula amalkan konsep 6 tabung ๐ 30% dari Tabung NEC di salurkan untuk bayar kad kredit. Last last, terasa macam nak salurkan 30% NEC dan semuaย tabung kecuali part Charity untuk setelkan kad kredit.
Haha.
[alert-announce]Kuatkan hati, tahan kejap nafsu nak beli macam-macam yang tak penting pun sebenarnya.[/alert-announce]
Dan alhamdulillah akhirnya, impian jadi realiti!!! ^_^

Ok, maka sekarang kami sedang reset to zero dan alhamdulillah 6 tabung boleh buat dengan bahagia tanpa fikir kena bayar kepada credit card ^_^
Bukan kah ianya sebuah kelegaan? ๐
Ok lah, itu je nak kongsi.
Saya tahu, ramai di luar sana sangat serabut macam mana nak uruskan kad kredit hasil hutang kita yang lama masa kita jahil kewangan dulu. Tapi pada masa yang sama, hidup sekarang pun perlukan duit.
Moga tips saya ini sedikit sebanyak berjaya membantu anda ๐
Kalau nak cari pendapatan sampingan, boleh lah jemput join Shaklee dengan saya ๐
Contact je saya di:
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755
Saya bertekad sejak zaman universiti untuk tidak mempunyai kad kredit.
Dan saya hampir kecundang semasa kali pertama di hantar berkursus di luar negara (Thailand je pun) pada 2013. Jadi saya terfikir perlukah saya mempunyai kad kredit sebenarnya? Kalau option debit kad ada, tak perlu nak gigih ada kad kredit lagi kan. Semoga saya maintain tidak ada kad kredit! Amin..
Good job Khadeejah & Suami!
Wahhh… seronoknyer lah kalu dapt gunting Kad Azimat tuh… mmg teringin sesangat ikot jejak Deeja nih… Doakan2 akak plak potong Kad Azimat pas nih k.. ๐
http://supernifzvitamin.com/
harus kerja lebih kuat utk setelkan semua loan yang ada.. kena naik rank cepat2 ni deeja.. doakan saya ye ๐
bukan senang tu.
tahniah sebab hampir berjaya lakukannya.
Alhamdulillah..good job sis ๐ sy pon pernah sekali terjebak dengan kad kredit ni. memang hidup x tenteram dibuatnya lagi2 bila dpt flwup call dr bank. Hutang sikit je tp buat kita mcm hitang juta2..huhu. Sy setkan target juga dan nekad byr dan tutup. Skrg, sy ok je tanpa kad kredit.
Respek. Perlu disiplin untuk bayar secara aturan sehingga hutang kad kredit selesai.
Deeja boleh, saya mesti boleh jugak. Aminnn. Dalam proses nak discuss dgn somi. Smoga dipermudahkan
I follow!
Saya tiada kad kredit baik masa bekerja atau dah jadi WAHM.Dari zaman bekerja dok bantu suami untuk gunting kredit kad.Sampai sekarang…tu azam kami.Insyaallah.http://littlemunas.com/blog
Respek.Respek.Sangat kena berdisiplin
mmg hutang kad kredit menyerabutkan kepala..bila dpt potong kad terasa mcm satu bebanan dh dibuang..
Tahniah kerana berjaya. Kad kredit ni banyak menguntungkan bank dari pengguna sebenarnya. Kalau boleh hidup tanpa kad kredit tu, baguslah. Tapi kalau pakai kad kreditpun bukanlah sesuatu yang negetif, selagimana tak dibelanjakan sewenang-wenangnya la.
bestnya dah bebas hutang kad kredit ni.