Tips Masak Cucur Udang Yang Lembut Walaupun Dah Sejuk
Alah, tak ambil gambar pulak cucur saya.
Family kitorang panggil cikod, shortform kepada cikodok. Hehe.
Air Panas Mendidih
Dulu kalau nak buat cucur udang tu jadi lembut tapi rangup, walaupun dah sejuk, biasa masa bancuh tu, saya bancuh dengan campuran air panas mendidih dengan air biasa
Tak ambil air suam, tapi panas mendidih.
Tapi sekarang bila buat kat Kerteh, selalu bila cucur sejuk, dia jadi keras dan liat.
Air Sejuk
Kemudian teringat ada orang pernah bagi petua guna air sejuk.
Jadi saya ambil air yang sejuk dari peti ais, kira sejuk dari fridge, bukan air biasa, dan bancuh bersama cucur.
Dan alhamdulillah menjadi!
Walaupun cucur tu dah sejuk, dia tetap lembut 😀
Kenapa tak makan masa panas-panas?
Bila dah ada anak ni, sambil layan anak-anak, cucur boleh sejuk tau. Air panas menggelegak pun boleh sejuk.
Wahaha.
Kalau risau kolesterol tinggi sangat bila makan udang, boleh lah amalkan Lecithin Shaklee selepas makan 🙂 Atau nak lagi power, amalkan Vivix Shaklee 😀
Moga perkongsian ringkas ini bermanfaat buat anda 🙂
I m interested on the eczema cream untuk cucu.. Kaleeda duk kat mana? how much is it?