Family

Tips Masak Guna Rice Cooker

Kami baru pindah sehelai sepinggang dari Kerteh. Eh takde lah baru sangat, tapi memang barang belum pindah lagi dari Kerteh. Sayang sangat kat Kerteh.

Kat rumah memang takde apa-apa kecuali kitchen cabinet dan sedikit perkakas dapur termasuk tong gas dan pinggan mangkuk siap cawan. Terima kasih tuan rumah. Dan alhamdulillah toilet dua-dua ada heater.

Oleh kerana kitorang tak bawa tong gas, dan alhamdulillah tuan rumah tinggalkan tong gas berisi, kami guna tong gas tuan rumah je untuk masak-masak.

Tiba-tiba lah pulak nak pindah rumah ni, habis gas. Tapi tak suka makan luar. Masak lah guna apa ada 😉

Jadi hari ini saya masak guna rice cooker. Alah simple je.

Mula-mula masak nasi dulu. Bila nasi dah siap, pindah tempat nasi, cuci sikit rice cooker, dan masak lauk pulak.

Lauk pulak so very simple, janji ada sambal belacan sekali ^_^ Ni dah kecur air liur tulis dan terbayangkan sambal belacan 😛

Tips Memasak Guna Rice Cooker

Cara masak guna rice cooker:

  1. Letak minyak ikut agak untuk masak.
  2. Kemudian tekan ‘cook’ supaya minyak dipanaskan. Memang tak akan nampak buih-buih minyak dah masak macam kita biasa goreng kat kuali
  3. Kemudian, lampu ‘cook’ akan terpadam selepas minyak cukup panas.
  4. Masa ni dah boleh mula masak 😀
  5. Untuk pastikan minyak sentiasa panas untuk masak, saya sendalkan butang ‘cook’ tu. Kalau tidak, dia memang automatik ter-off
cara masak guna rice cooker
Sendal dengan penutup rice cooker supaya kekal menyala
cara masak guna rice cooker
Lunch tadi telur dadar dengan sambal belacan. Yummy!!
masak guna rice cooker
Beberapa hari lepas, masak sardin, tak basuh pun nasi yang baru masak tu sebab tak tahan sangat lapar 😛

Moga bermanfaat untuk anda yang tiba-tiba kehabisan gas, tapi teringin gak nak makan masakan rumah ^_^

Berminat nak dapatkan Shaklee?

Hubungi saya di:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp/Telegram : 019 477 3457

Shaklee ID: 858755

Similar Posts

7 Comments

  1. Sardin tu x yah tumis ye..msk mcm tu je ke??hehe..nk tau dgn lbh detail boleh?cara nk msk sardin…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *