Tips Melawat Hokkaido Dengan Anak-anak Kecil & Penginapan

Hokkaido adalah salah satu ‘negeri’ favorite kami di Japan.Antara sebabnya adalah ia kurang sesak, rasa tenang sebab tak ramai orang sangat dan macam-macam boleh buat.

Di Hokkaido pula ada banyak ‘daerah’ menarik seperti Sapporo, Otaru, Asahikawa, Shiretoko, Noboribetsu dan banyak lagi.

Hari ini saya kongsikan mengenai aktiviti di Sapporo with kids terlebih dahulu ya.

Kami pernah ke sini pada musim panas dan juga musim sejuk.

Tips : Untuk Sapporo, cari penginapan berdekatan dengan Odori Park/Susukino/Tanukikoji sebab dari sini mudah sangat nak ke mana-mana dengan menaiki streetcar (macam tram) dan berdekatan dengan banyak restoran halal (paling penting ?)

Antara tempat yang sesuai bawa anak-anak kecil termasuklah :

(1) Nijo market

Ala-ala pasar pagi yang jual pelbagai barang basah siap boleh post balik Malaysia. Yang paling menarik mestilah King Crab.

Harga King Crab memang king lah tapi berbaloi merasa sebab sejenis yang langsung tak sama dengan ketam kat kedai runcit atau pasar basah dekat rumah.

Opposite Nijo Market ini ada kedai khas untuk kita merasa Seafood. Menariknya nak makan ketam pun ada alatan tersendiri especially untuk korek isi pada kaki ketam.

Memang teruja sungguh!

Lepas makan ketam, kami piknik tepi longkang besar sambil makan aiskrim. Longkang di Japan ni nama je longkang, tapi berenang-renang ikan kap besar kecil dalam tu.

Jernih sangat.

(2) Takino Suzuran Hillside Park

Kami ke sini waktu summer. Boleh habis satu hari penuh sahaja di sini.

Antara aktiviti menarik adalah main pelbagai jenis gelongsor dari yang pendek sampai panjang dan berjalan melihat pelbagai landscape bunga.

Anak-anak suka especially ada landscape bentuk rumah (ke bas) yang penuh bunga.

Summer juga menyediakan terusan yang semua anak kecil boleh mandi di situ. Syok lah.

Jangan lupa pack bekal siap-siap sebab bila aktif bermain, anak-anak memang cepat lapar on the spot.

Kalau musim sejuk pula, boleh bawa anak-anak main ski di sini. Ya budak kecil pun boleh.

(3) Mount Moiwa

Masa winter sangat best sebab ada snow, of course. Anak-anak kami memang jumpa snow tepi jalan pun boleh ralit ??

Yang di Mount Moiwa siap ada aktiviti Snow Cruise, kita boleh duduk dalam truck atau duduk di luar truck sambil dihujani snow yang turun.

Memang sejuk beku.

Tapi pihak pengurusan dah siapkan baju tebal-tebal untuk semua orang pakai dan bagi pemanas tempat duduk.

 

P.s : Snow truck yang dalam gambar ni. Siap boleh duduk di luar truck.

Kalau bawa baby macam saya hari tu, memadai peluk baby dalam boba. Lagipun besar sungguh baju tu dah rupa jubah, selesa sangat.

Selain dari snow cruise, ada aktiviti naik ropeway dan main snow at top of Mount Moiwa.

Nampak simple tapi anak-anak tak nak balik ? ? ?

Ok lah 3 tu dulu. Nanti Insya-Allah ada masa saya sambung lagi ya ??

#deejatravelstories

3 Comments

  1. Mila 3 January 2018
    • Khadeejah 22 July 2018
  2. Dila 4 March 2019

Leave a Reply to Mila Cancel reply

CommentLuv badge

Shares