tips memilih perniagaan dari rumah
Tips Perniagaan

Tips Memilih Perniagaan Dari Rumah

Zaman sekarang semua benda di hujung jari.

Nak beli barang pun, hanya perlu klik klik dan siap, tunggu barang sampai depan pintu rumah.

Ramai surirumah berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan, lebih-lebih lagi untuk membantu suami untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi.

Sebagai surirumah juga, saya faham beberapa dilema surirumah sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan, biasanya ia berkaitan kekangan anak, masa dan kewangan.

Berikut saya kongsikan panduan untuk mencari perniagaan yang sesuai untuk surirumah.

tips memilih perniagaan dari rumah

1) Tiada modal atau modal yang kecil

Perniagaan yang tiada modal tidak memerlukan kita untuk mengeluarkan satu sen pun duit untuk membeli modal.

Biasanya perniagaan jenis ini ialah perniagaan dropship, iaitu pelanggan tempah dari kita, dan kita minta pembekal untuk poskan kepada pelanggan.

Tiada kos untuk modal. Komisen diberi sepenuhnya kepada anda.

Biasanya perniagaan jenis ini akan ada yuran pendaftaran tahunan atau bulanan yang tidak membebankan.

[alert-note]Seperti contoh, pendaftaran untuk memulakan perniagaan Shaklee hanya RM 75/RM 85 sahaja untuk seumur hidup[/alert-note]

2) Kerja dijalankan dari rumah

Pilih perniagaan yang boleh dilakukan 100% dari rumah.

Ini menjadikan masa lebih fleksibel dan tidak mengganggu rutin harian kita seperti menguruskan anak-anak dan urusan rumahtangga.

Perniagaan boleh di jalankan melalui media sosial seperti blog, Facebook, Instagram, Tweeter dan pelbagai lagi.

3) Risiko rendah

Pilih perniagaan yang berisiko rendah supaya kita tidak membebankan suami dan keluarga kita.

Pastikan kalau jatuh, tiada kerugian besar atau langsung tiada kerugian.

Sebab itu seboleh mungkin cari perniagaan yang tak memerlukan kita untuk mengeluarkan modal atau perniagaan yang tidak memaksa kita membuat pinjaman.

4) Mentor

Sebaiknya pastikan cari mentor yang telah berjaya dalam perniagaan yang bakal kita ceburi.

Mentor yang sudi memberi tunjuk ajar adalah penting supaya kita boleh belajar dari pengalaman orang yang pernah berjaya dalam bidang yang kita ingin ceburi.

Pilihan di tangan anda

4 panduan telah saya kongsikan, terpulang untuk anda cari dan pilih perniagaan yang sesuai.

Tapi kalau saya, saya akan pilih yang sangat dekat di hati – maksudnya produk yang kita pakai, yang kita yakini berkesan, yang tak banyak renyah.

Jika anda berminat untuk sertai perniagaan Shaklee, anda boleh hubungi saya di:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID saya: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *